Lee Jong Suk akhirnya kembali ke skrin drama dan bergandingan dengan YoonA

 

Akhirnya, Lee Jong Suk akan kembali semula ke skrin drama selepas menamatkan khidmat tentera pada Januari lepas. Lee Jong Suk dan YoonA  Girl’s Generation akan membintangi drama terbaru tvN untuk tahun 2022 bertajuk “Big Mouth”.

Drama terbaru tvN ‘Big Mouse’ (tajuk kerja) mengisahkan tentang seorang peguam yang tiba-tiba hidupnya dikenali sebagai penipu genius bernama Big Mouse dalam masa semalaman, setelah terlibat dalam kes pembunuhan. Untuk bertahan hidup dan melindungi keluarganya, dia harus merungkaikan konspirasi besar di kalangan orang kelas atasan.

Lee Jong Suk akan memainkan peranan sebagai Park Chang Ho, seorang peguam level ketiga dengan kadar kejayaan untuk menang hanya 10%. Kerana kecenderungannya untuk berbicara sebelum bertindak, dia mendapat jolokan ‘Big Mouth’ dari peguam lain. Namun, suatu hari, tiba-tiba disasarkan sebagai penipu genius Big Mouse, dan hidupnya menjadi terancam.

YoonA pula akan memainkan peranan sebagai Ko Mi Ho, seorang jururawat cantik yang juga isteri Park Chang Ho. Dia adalah orang kuat yang menyokong sepenuhnya si suami untuk menjadi peguam, dan ketika Ko Mi Ho mengetahui bahawa suaminya kini dikira sebagai penipu, dia memutuskan untuk membersihkan kembali nama suaminya.

“Big Mouth” ini ditulis oleh Jang Young Chul dan Jung Kyung Soon yang sebelumnya menghasilkan naskhah drama “Vagabond”, sementara Oh Choong Hwan dari drama “Hotel Del Luna” akan menjadi sutradara drama ini. Drama terbaru tvN ini dijadualkan untungan tayangan pada 2022 depan.

Sumber : sports.donga