Selamat menjalani khidmat tentera, Jang Ki Yong!

Jang Ki Yong akan mendaftar masuk ke kem tentera pada hari ini.

Agensinya, YG Entertainment mengambil langkah untuk tidak mendedahkan lokasi dan masa pendaftarannya berikutan dengan wabak COVID-19 yang masih lagi aktif. Dia akan menjalani latihan asas dahulu sebelum ditugaskan sebagai tentera yang aktif.

Terdahulu, Jang Ki Yong sempat berkongsi dua keping foto menerusi akaun Instagramnya. Pertama, gambar terbarunya dengan potongan rambut ala tentera dan kedua sebuah kertas tulisan tangan yang bermaksud seperti berikut:

Hello, saya Jang Ki Yong,
Terima kasih buat peminat yang sentiasa menyayangi dan menyokong saya sehingga saya merasakan dapat menghabiskan kehidupan 20-an dengan sungguh bahagia. Saya akan kembali semula dengan penuh keberanian dan sihat untuk dalam usia 30-an. Terima kasih dan sayang awak semua!

Sementara itu, drama terbaru Jang Ki Yong bersama Song Hye Kyo, “Now, We Are Breaking Up” akan disiarkan pada November depan.

Selamat berkhidmat buat Jang Ki Yong!

loading...