Pemenang kategori ‘Best Pop Duo/Group Performance’ Grammy Awards tidak akan diumumkan untuk siaran utama di kaca televisyen

May be an image of text

Pihak produksi Grammy Awards menetapkan puluhan kategori yang tidak akan diumumkan kemenangannya di dalam siaran utama kaca televisyen pada 15 Mac 2021 bermula jam 8.00 pagi waktu Malaysia nanti. Pemenang kategori-kategori tersebut akan diumumkan lebih awal pada jam 3 hingga 5.30 pagi waktu Malaysia sebelum siaran utama berlangsung.

Antara yang tersenarai termasuklah kategori ‘Best Pop Duo/Group Performance’ yang menyaksikan BTS tercalon buat pertama kali dalam sejarah. Lagu ‘Dynamite’ nyanyian BTS turut tercalon di dalam kategori “Best Pop Duo/Group Performance” bersaing kategori tersebut dengan “Un Dia (One Day)” oleh J Balvin, Dua Lipa, Bad Bunny dan Tainy, “Intentions” oleh Justin Bieber ft. Quavo, “Rain on Me” oleh Lady Gaga & Ariana Grande serta “Exile” oleh Taylor Swift ft. Bon Iver.

Meskipun begitu, BTS tetap akan membuat kemunculan pada hari yang sama untuk membuat persembahan sulung mereka di atas pentas walaupun belum dapat dipastikan samada persembahan mereka akan dirakamkan terlebih dahulu atau mereka sendiri akan turun padang ke majlis anugerah itu sendiri. Seperti dimaklumkan oleh Ben Winston, pihak produksi Grammy di dalam temuduga bersama Rolling Stone, “Ada satu artis ini akhirnya tidak dapat bersama dengan kita di Los Angeles kerana perlu mengikuti peraturan yang ditetapkan oleh negaranya. Isu visa yang tak dapat diselesaikan.”

Tentang apakah tema persembahan yang akan dibuat di Grammy Awards nanti, BTS setakat ini hanya mahu merahsiakannya terlebih dahulu.

Sumber: grammy

loading...