Seorang pelakon Korea tersohor berusia sekitar 40-an (mengikut umur tempatan di Korea) yang memiliki fizikal kebudak-budakan ketika berusia 30-an, kini terpaksa menanggung malu selepas kesan botox berlebihan pada muka dan tangannya menyebabkan beliau dinafikan hak sebagai pemegang model untuk sesuatu jenama perkakas rumah.
Pelakon Korea itu yang hadir dengan tangan yang sudah menua dan berkedut, menjerit kenapa beliau dinafikan hak eksklusif sebagai model jenama tersebut kepada penggaya dan jurukamera berkenaan.
Beliau cuba menahan malu tetapi akhirnya tetap jua menghabiskan penggambaran fotografi berikut.
Krew dikatakan menasihati beliau supaya tidak sekadar menjaga kecantikan muka, tetapi juga tangannya yang sudah berkedut itu.
Sumber: newsen