Pihak produksi yang bertanggungjawab menghasilkan Princess Hours atau dikenali sebagai ‘Goong’ , Group 8 pada tahun 2006 sudah pun menandangi kontrak dengan pengurus manhwa tersebut, Jae Dam Media.
MBC Princess Hours yang dibintangi oleh Yoon Eun Hye, Ju Ji Hoon, Kim Jung Hoon, dan Song Ji Hyo adalah berkisarkan keadaan berlainan yang berlaku sekiranya Korea Selatan mengamalkan sistem demokrasi berpalimen. Watak utama, yakni putera mahkota dipaksa untuk berkahwin gadis kebanyakan yang dipilih oleh kerabat diraja. Manhwa tersebut yang diterbitkan pada 2003, meraih jualan mencecah jutaan unit di Korea dan Japan, selain diedarkan kepada 10 negara termasuklah Taiwan, Siam dan Perancis.
Drama ini bukan saja menaikkan populariti Yoon Eun Eye, idol daripada kumpulan kpop perempuan Baby Vox, itu sebagai pelakon, malah juga pelakon Ju Ji Hoon yang kini lebih sinonim berkarya di dalam layar perak serta Song Ji Hyo yang kini amat dikenali atas penyertaannya di dalam sitkom SBS Running Man. Ia kemundiannya mencetuskan adaptasi yang sama di China, Thailand, dan Mexico dan putaran (“spin-off”) dengan nama lain “Goong S” yang dibintangi oleh Se7en. .
Adaptasi terbaru “Princess Hours” ini dijangka bakal menarik perhatian penggemar Kdrama kerana nama-nama pelakon yang bakal menyinarinya sedang di dalam proses telitian pihak produksi. Manakala, untuk cenel penyiar rasminya belum diketahui lagi setakat ini.
Jika tiada aral melintang, maka adaptasi terbaru ini akan menjengah penonton mungkin seawal-awalnya pada penghujung tahun 2021.
Sumber: wikitree