Ji Soo membuat permohonan maaf terhadap mereka yang terluka akibat perbuatannya pada masa lalu, di dalam satu kenyataan di laman sosialnya pagi tadi.
“Aku dengan ikhlas memohon maaf kepada mereka yang terseksa keranaku. Tiada alasan untuk menjelaskannya. Perbuatan ini tak boleh dimaafkan. Bila aku berlakon, aku ingatkan boleh menutup salah laku pada masa silam. Tetapi ada perasaan kesal dalam hatiku yang datang dengan keresahan, aku tahu ia mungkin sudah terlambat. Peristiwa silam itu akhirnya membunuh aku. Aku memohon maaf kepada mereka yang disakiti sewaktu menonton aku sebagai pelakon,” kata Ji Soo.
Ji Soo memberi jaminan bahawa beliau akan bermuhasabah diri dan berharap krew serta para pelakon drama lakonannya terkini, KBS River Where The Moon Rises tidak terjejas dengan skandal buli meliputi dirinya. Terdahulu, Ji Soo dituduh membuli rakan sekolahnya dengan menembak menggunakan senapang BB, kencing di dalam tong sampah, bergurau seks dengan bekas aweknya, merakam videonya melakukan seks di dalam bilik air dan berkongsinya untuk tatapan orang lain, selain menggalakkan kawan-kawannya melancap di hadapan muka mangsa. Berikutan dengan itu, Key East mahu menyemak kesahihan laporan berkenaan dan akan memberitahu keputusan hasil siasatan mereka kemudian.
Baca lagi : [Gempar] Ji Soo pula dituduh membuli bekas rakan sekolahnya, dakwanya senyuman Ji Soo hanyalah kepura-puraan
Bagaimanapun, sebab nila setitik rosak susu sebelanga begitulah pepatah yang dapat digambarkan ke atas situasi yang dihadapi oleh Ji Soo tika ini. Pihak produksi KBS hari ini memaklumkan bahawa mereka sudah pun membatalkan penggambaran River Where The Moon Rises serta-merta buat sementara.
“Kami terpaksa membatalkan penggambaran drama untuk hari ini. Kami akan berbincang mengenai skandal buli melibatkan Ji Soo dan membuat keputusan berhubung dengannya tak lama lagi,” kata jurucakap pihak produksi KBS seperti dipetik daripada sumber.
Sumber: spottvnews