Girl’s Day kongsi momen bahagia dihari perkahwinan Sojin

Ahli kumpulan Girl’s Day cetus suasana yang penuh emosi dihari perkahwinan Sojin.

Pada 18 November, Sojin akhirnya mengikat tali perkahwinan dengan pelakon Lee Dong Ha di Seoul, dan kesemua rakan kumpulan Girl’s Day berkumpul untuk berkongsi kegembiraan pada hari istimewanya.

Sejurus selepas majlis perkahwinan, Hyeri, Minah, dan Yura menggunakan Instagram masing-masing untuk berkongsi foto dari majlis gembira itu. Antaranya, gambar-gambar yang menunjukkan kesemua mereka kelihatan sebak, terharu meraikan hari bahagia Sojin sekaligus memperlihatkan betapa kuatnya ikatan perhubungan mereka.

Dalam catatan Instagramnya, Hyeri menulis:

 

“Hyeri, saya nak kahwin. Boleh saya minta awak beri ucapan?”

Rasanya seperti semalam, ketika saya berdepan pelbagai emosi yang bercampur-baur,
Tetapi unnie kami [kakak atau kawan] berkahwin hari ini.
Sojin unnie, yang paling cantik di dunia.
Saya ucapkan tahniah kepada anda daripada semua orang di bumi!!!! Anda perlu gembira.

Sementara itu, Minah menulis:

Hari ini adalah saat ketika hari-hari kami bekerja dengan penuh semangat dan kerja keras [Sojin] unnie semua berlalu di depan mata saya seperti gambar.
Saya juga gembira dapat melihat [Sojin] unnie kelihatan gembira.
Sekarang, saya serahkan unnie kita kepada abang ipar kita.
Sojin unnie, saya ucapkan tahniah kepada anda.

Akhirnya, Yura menulis:

Kami rasa seperti mimpi dapat bersama, semoga kami akan kekal bersama selama-lamanya sepanjang hayat kami.
Saya dengan tulus ikhlas ucapkan tahniah kepada [Sojin] unnie kami cintai atas perkahwinan anda, dan saya sangat menyayangi anda.
Ahli [Girl’s Day] saya, Ahyoung-ie [nama diberikan Yura] sangat menyayangi anda.

Nah, antara gambar perkahwinan Sojin dan Lee Dong Ha di bawah!

loading...