BTS lancarkan rancangan temubual sendiri, ‘Let’s BTS’ untuk siaran mulai Mac ini

May be an image of 1 person, standing and indoor

BTS akan melancarkan rancangan temubual mereka sendiri, ‘Let’s BTS’ untuk siaran secara langsung di KBS mulai 29 Mac 2021 ini pada jam 9.40 pm.

Rancangan temubual ini membawa mesej BTS untuk mengadakan diskusi dari hati ke hati dengan peminat sambil disertai persembahan secara langsung daripada mereka. ‘Let’s BTS’ bukan saja memaparkan kebolehan BTS sebagai artis berseni, tetapi juga akan mendedahkan cerita yang tidak diketahui peminat tentang setiap individu BTS menerusi diskusi yang penuh mendalam daripada mereka.

Tidak diketahui siapakah artis undangan yang bakal menyertai temubual pertama BTS ini kerana pihak produksi mahu menguncikan mulut mereka sebelum sesi rakaman selesai dilakukan.

‘Let’s BTS’ akan dihoskan oleh Shin Dong Yup dan disertai oleh pelawak Jang Dong Yeon untuk sesi segmen tertentu.

Ini juga merupakan penglibatan kesemua ahli BTS yang pertama di dalam rancangan temubual kendalian sendiri sejak ‘debut’ pada tahun 2013.

Sumber: sports mk

loading...