Netflix Korea melebarkan empayar globalnya, membawakan tontonan Kdrama serentak di seluruh dunia

May be an image of 16 people, people standing and suit

Seoul, Februari 25, 2021 : Dalam tempoh sepanjang 5 tahun bermula dari tahun 2016 hingga 2021, NETFLIX telah banyak mendukung dan memberikan sokongan penuh rancak tanpa had kepada perkembangan filem dan drama di Korea dengan membelanjakan sebanyak 700 juta USD (~RM2.838 billion).

Dengan pertambahan permintaan semakin meningkat dari penonton, NETFLIX mengambil langkah jangka panjang menaruh kepercayaan mereka ke atas pelaburan besar tanpa ragu untuk perkembangan industri perfileman di Korea. Sungguh satu langkah yang bijak diambil oleh NETFLIX yang kini boleh menarik nafas lega kerana pre-penghasilan drama ini semuanya pantas dilakukan dan telah pun terlaksana pada tahun 2019 sebelum pandemik COVID-19 mula melanda dunia.

Terdahulu, penulis ada memperkatakan penubuhan Studio 139 dan Samsung Studio yang dibina oleh NETFLIX bagi menampung kesemua perjalanan pembuatan filem dan drama di dalam Korea.  Kini kepercayaan yang sepenuhnya telah diberikan kepada Netfilx Korea tanpa ada lagi campurtangan dari pihak luar di dalam menghasilkan dan menerbitkan fiilem serta drama sendiri dengan kos perbelanjaan besar ditaja sepenuhnya untuk pihak produksi tersebut.

Kingdom siri pertama.

Demi menunjukkan Korea boleh mempersembahkan kandungan cerita yang membuatkan penonton berfikir diluar kotak, maka Netflix Korea telah membuka banyak peluang dan ruang kepada pengiat seni iaitu pengarah dan penulis untuk menunjukkan bakat dan mengekspresikan ilham kandungan cerita tanpa batasan dan had lagi.

Kim Dong Hee di dalam Netflix Extracurricular.

Ini telah terbukti dengan kejayaan pertama terbitan Netflix Korea mempertarungkan drama bersiri KINGDOM dan juga EXTRACURRICULAR yang telah ditonton serentak diseluruh 198 buah negara seluruh dunia sehingga mendapat sambutan yang sangat menggalakkan.

Namun begitu, ada sedikit dari pandangan penulis berkaitan dengan fenomena ini. Daripada sudut yang negatif, akan berlakunya persaingan yang tidak berapa sihat kerana kekurangan kualiti ‘content’ naskah dihasilkan oleh stesen-stesen besar di Korea seperti SBS, KBS, MBC. Manakala, bagi peminat pula, mereka tidak akan dapat lagi mengintai atau mendapat kemaskini (‘update’) berita tentang kelibat para pelakon kegemaran mereka di tapak pengambaran. Hal ini kerana sebaik saja mengikat kontrak dengan Netflix, maka kandungan produksi segala-galanya adalah peribadi dan sulit, seterusnya menyebabkan keseluruhan pengambaran dilakukan secara tertutup.

Manakala dari segi positifnya pula, tidak akan ada lagi masalah kekurangan kos perbelanjaan menyebabkan kebajikan kesemua staf dan krew terbela dan terjamin, begitu juga dengan perjalanan pengambaraan yang tidak lagi dilakukan secara tergesa-gesa dan terdesak. Hal ini kerana keseluruhan drama siri akan habis menjalani penggambaran terlebih dahulu, barulah ia akan ditayangkan secara serentak di seluruh dunia.

Semasa sidang media yang lalu, NETFLIX : SEE WHAT’S NEXT KOREA telah mengundang pengarah dan penulis skrip dan juga para pelakon untuk menelaah sendiri senarai drama yang akan bakal ditayangkan di NETFLIX yang mempunyai banyak kelainan daripada apa yang kita pernah tontoni selama ini.

Netflix All of Us Dead
Netflix Silent Sea

Baca lagi: Lee Joon akan jadi angkasawan di samping Gong Yoo & Bae Doona untuk drama Netflix The Silent Sea; Mantap, Netflix All of Us Are Dead bakal dibarisi 10 pelakon muda yang kacak, cantik lagi berbakat ini!

Salah satu drama yang menarik perhatian penulis adalah ‘THE SILENT SEA’, menyusul filem daripada genre yang sama, iaitu ‘SPACE SWEEPERS’ yang kini di dalam bentuk drama. Drama keluaran ini dihasilkan dengan penuh asli sekali sehingga menelan kos perbelanjaan yang sangat tinggi selain mengunakan teknologi tinggi yang terbaru serta mengambil kira dari setiap sudut secara terperinci demi mempaparkan suasana yang realistik di angkasa lepas. ‘THE SILENT SEA’ adalah lakonan pertama Gong Yoo, pemenang Best Actor 7th CARI Kdrama Awards sejak drama tvN Goblin yang lalu.

Netflix Hellbound
Netflix Squid Game

Selain ‘THE SILENT SEA’ dan ‘HELLBOUND’ lakonan Yoo Ah In yang masih lagi menjalani pengambaraan, ‘SQUID TEAM’ lakonan Lee Jung Jae pula telah pun tamat pengambarannya, kini di dalam proses penyuntingan dan akan bakal menemui penonton NETFLIX pada pertengahan tahun ini.

Netflix Kingdom musim ke-3 lakonan Jun Ji Hyun.

Begitu juga KINGDOM : ASHIN OF THE NORTH yang memasuki musim ke-3 telah pun siap siri episod pengambarannya dan sekarang didalam proses pasca-produksi dan akan bakal bersiaran dalam masa terdekat ini.

Sebelum ini penulis ada memperkatakan drama-drama yang akan bakal ditayangkan di Netflix. Oleh itu nantikan review dari sisi pandangan Kmania untuk tatapan semua.

Sumber: Netflix

loading...