Terlanjur bercakap kasar sehingga buatkan mangsa buli trauma, Hyunjin Stray Kids akhirnya akur & memohon maaf secara peribadi dengannya

May be an image of 1 person

Hyunjin Stray Kids telah secara peribadi turun padang menemui mangsa-mangsa buli tersebut dan menyampaikan permohonan maafnya terhadap mereka, dedah JYP Ent. dalam satu kenyataan hari ini.

“JYP telah pun menghubungi bekas rakan sekolah, cikgu, kenalan berkait dengan sekolahnya. Setelah diberikan kebenaran, kami berjumpa dengan penuduh pertama. Selepas mengumpulkan kesemua testimoni berkait dengan insiden berkenaan, kami dapati kebenaran sebenar tidak dapat disahihkan kerana setiap individu memberikan testimoni berbeza berdasarkan memori mereka. Tapi, ada juga individu telah disakiti oleh Hyunjin kerana ketidakmatangannya. Akhirnya Hyunjin turun padang menemuinya sendiri bagi menghulurkan permohonan maaf kepadanya. Kawan Hyunjin tersebut menerima permohonan maaf dengan hati terbuka dan akan menyokong kerjaya Hyunjin kelak,” kata jurucakap agensi tersebut.

Sementara itu, Hyunjin turut memohon maaf secara terbuka menerusi kenyataan dikeluarkan sendiri menerusi laman instagram.

Kiri: Gambar album graduasi Hyunjin. Kanan: Surat permohonan maaf sendri daripada Hyunjin.

“Bila aku kenangkan perangai tidak matangku ketika itu, aku rasa malu sangat. Aku tidak boleh bagi alasan. Aku akhirnya sedar untuk seseorang yang harus menghormati orang lain, percakapan dan perbuatanku itu telah menyakiti orang lain. Walaupun sedikit terlambat, aku berniat untuk bermuhasabah diri. Walaupun tidak berniat pun, aku tahu adalah sesuatu yang tidak boleh dimaafkan untuk menyebabkan kesakitan sehingga tidak boleh bangkit daripada trauma itu. Aku juga mengerti meskipun permohonan maafku diterima, itu bukan bermaksud kesakitan yang aku buat itu boleh hilang begitu saja, maka dengan itu aku betul-betul menyesal dan mahu bermuhasabah diri. Aku ingin mengucapkan terima kasih kerana memberiku peluang untuk memohon maaf dengannya. Sesiapa yang pernah disakitiku pada masa lalu, aku juga ingin memohon maaf sekali lagi,” kata Hyunjin yang turut memohon maaf kepada peminat yang kecewa dengan skandal buli meliputi dirinya.

Terdahulu, beberapa orang netizen tampil mendedahkan Hyunjin pernah bercakap kasar, memukul kawannya serta menyumpah-nyumpah cikgunya. Tuduhan buli berkenaan menyebabkan Hyunjin terpaksa digugurkan peranannya sebagai hos MBC Show! Music Core buat sementara.

Sumber: instagram

loading...