Lagi tampil dakwa diri mangsa buli Park Hye Soo, tayangan KBS Dear M bersama Jaehyun NCT kini diambang kekuburan?

May be an image of 6 people and people standing

Park Hye Soo kini berhadapan dengan krisis paling teruk di dalam karier lakonannya apabila tidak henti-henti dituduh sebagai kaki buli oleh bekas rakan sekolahnya.

Walaupun agensinya Studio Santa Claus Ent. telah bertindak menafikan dakwaan tersebut dan bertindak tegas untuk menyaman, namun satu-persatu muncul mengiyakan perbuatan buli yang pernah dilakukan oleh Park Hye Soo.  Park Hye Soo didakwa telah membaling kotak makanan tengah hari milik netizen A dari atas bangunan bertingkat 10, menghina, menariknya ke meja guru, dan memotong rambutnya. Bagaimanapun, hantaran netizen A telah dipadamkan. Manakala, netizen B pula mendakwa Park Hye Soo telah menampar mukanya tanpa meminta maaf.

Hari ini pada 24 Feb 2021 pula, wakil persatuan mangsa-mangsa buli Park Hye Soo, tampil mengadakan temuduga bersama Sportsworld.

“Aku pada masa itu baru 16 tahun, dan dia pula berusia 17 tahun. Dia bawa aku ke bilik karaoke di mana lebih kurang 10 orang pelajar ada di dalamnya. Dia arahkan mereka pukul aku satu-persatu ikut giliran. Tiga orang termasuk Park Hye Soo tampar muka aku. Pastu, Park Hye Soo bawa aku keluar dan tampar aku berdas-das kali. Tak puas hati lagi, dia hentam aku lagi di padang permainan apartment berdekatan. Dia sampai menyuruh kawan lelakinya memukul aku pula kerana tangannya tengah sakit. Akibatnya, bibir, hidung aku berdarah dan telinga aku calar-balar. Baju aku berlumuran darah tetapi hakikatnya maruah aku telah diperkotak-katikkan. Dia cakap jangan datang lagi ke Daechidong dan kemudian peluk aku, ‘Kau tau kan aku tak benci kau?’ . Betul-betul meloyakan. Aku pernah terfikir nak bunuh diri ketika itu. Ayah aku naik marah bila nampak baju aku berlumuran darah.” – Netizen C

Baca lagi: Skandal buli terburuk melanda Korea sekarang, 13 selebriti Korea ini sedang berhadapan dengan tuduhan buli oleh rakan sekolah mereka suatu ketika dulu

Netizen C berharap Park Hye Soo membuat permohonan maaf dan tidak berselindung di sebalik agensinya dengan menafikannya. Hal ini kerana lebih 10 orang daripada persatuan mangsa-mangsa buli itu mendakwa Park Hye Soo telah berdusta dengan agensinya dan mendedahkan separuh daripada cerita sebenar.

Berikutan pendedahan yang berterusan terhadap Park Hye Soo, pihak produksi KBS sedang berkira-kira untuk menayangkan drama ‘Dear M’ gandingannya bersama Jaehyun NCT. “Kami tengah bergelut dengannya yang sepatutnya disiarkan mulai Jumaat ini. Kami tak pasti samada dakwaan itu betul atau tidak, tapi kami rasa terbeban untuk menyiarkan ‘Dear M’ seperti dirancangkan. Kami sedang memerhati situasi ini dengan penuh teliti,” kata jurucakap KBS.

Sebelum ini, pihak produksi KBS mahu menangguhkan sidang media promosi drama berkenaan pada 26 Feb 2021 dan tayangan pada hari yang sama tanpa kehadiran Park Hye Soo dengan Jaehyun NCT dan pelakon-pelakon lain saja akan menyertainya. Akan tetapi, KBS kini tampaknya sudah pun membatalkan sidang media pada hari lusa berkenaan dan akan menangguhkan tayangan drama itu sehingga tarikh baru bakal diumumkan kelak.

“Dear.M” adalah sebuah drama romantik yang akan menceritakan tentang kisah pencarian di seluruh kampus untuk “M”, seorang individu misteri yang disebut dalam catatan tanpa nama di komuniti dalam talian Universiti Seoyeon.

Sumber: money today, sportworldi

loading...