So Ji Sub & Jung Woo digandingkan bersama untuk drama ‘gangster’ terbaru, Netflix Exemplary Family

May be an image of 2 people

Pelakon yang baru berumah tangga, So Ji Sub sudah menyatakan keinginannya untuk berlakon di dalam drama Netflix Exemplary Family bersama-sama dengan Jung Woo.

Netflix Exemplary Family berkisarkan keadaan keluarga yang sudah beretakan kerana masalah kewangan, dan kini terpaksa bergelumang dengan gangguan daripada organisasi dadah terkemuka.

So Ji Sub akan membawakan watak Ma Kwang Chul, seorang penyangak yang begitu kejam tetapi pandai mengelak dirinya daripada dicekup polis. Daripada pengurus markas perjudian kepada bapa ayam, Ma Kwang Chul mendapat kepercayaan untuk menguruskan organisasi jenayah dadah terkemuka. Namun, ketika diarahkan untuk mencari wang organisasi yang hilang, dia dipertemukan dengan sebuah keluarga yang akhirnya menyebabkan dia berkira-kira untuk berhenti melakukan jenayah dan menyelamatkan keluarga itu sebaliknya.

Jung Woo pula akan membawakan watak Park Dong Ha, seorang pensyarah yang telah bekerja selama 8 tahun. Park Dong Ha memiliki keluarganya tersendiri dengan seorang isteri dan dua orang anak.

Netflix Exemplary Family yang bakal mendapat arahan Kim Jin Woo (“Netflix Love Alarm 2”) ini menandakan kemunculan So Ji Sub dan Jung Woo di dalam drama kembali masing-masing selepas MBC My Secret, Terius pada tahun 2018 dan tvN Reply 1994 pada tahun 2015. Jung Woo juga dilaporkan akan membintangi drama terbitan Kakao Talk, ‘The Crazy Guy in This District’ bersama Oh Yeon Seo.

Sumber: IS Plus, ytn

loading...