Belum puas selepas dilabel pelakon ‘kayu’, Cha Eun Woo tetap bagi markah 60% saja untuk diri-sendiri

May be a closeup of 1 person and indoor

Cha Eun Woo meluahkan rasa gembiranya menyimpulkan lakonannya sebagai Lee Su Ho di dalam drama tvN True Beauty.

“Saya rasa lega kerana ramai orang menyukainya. Saya tak merasa reaksi sebegitu ketika tengah berlakon. Tapi mereka kata saya sudah buat terbaik tanpa apa-apa masalah,” ujar Cha Eun Woo.

Meskipun Cha Eun Woo bergelar ‘face genius’ kerana memiliki wajah jambu kesukaan ramai, namun sebilangan besar masih mengkritik lakonannya dengan ada di antaranya menggelarnya ‘kayu’. Akan tetapi, daripada perspektif yang lain pula, ada yang menghargai bahawa lakonannya sudah bertambah stabil terutamanya apabila melihat perubahan terhadap lakonannya ketika mahu mendapatkan Jukyung (lakonan Moon Ga Young) di sebalik perangainya yang dingin dan kurang mesra.

“Saya bagi 60 markah saja. Ada bahagian yang saya begitu bangga dan menyangka bahawa saya sudah bekerja kuat berbanding yang lain selama 6 bulan dan tempoh itu sangat singkat. Ada bahagian yang betul-betul mengena penonton seperti ‘Cha Eun Woo rupanya ada sisi sebegini,’ kata mereka. Apapun, saya mahu bekerja dengan gigih lagi untuk mengisi baki markah seterusnya,” ujar Cha Eun Woo lagi.

Cha Eun Woo juga berasa teruja dapat berinteraksi bersama rakan-rakan pelakon yang lain, melakukan sesuatu yang tidak pernah dibuat olehnya selama ini. “Kecewa sangat kerana sebelum ini tak sempat untuk mengikuti pengembaraan di luar sekolah ketika menjadi pelatih. Tetapi melalui drama ini, saya terhibur walaupun tengah jalani penggambaran. Hasilnya, saya dapat merasainya secara tak langsung,” tambahnya lagi.

Cha Eun Woo turut diberi peluang menyanyikan lagu OST-nya sendiri berjudul ‘Love So Fine’ untuk drama tersebut dan mengakui emaknya juga memakainya sebagai ‘ringtone’ telefon bimbitnya. “Mak saya cuba tukar versi lain untuk rington ‘Love So Fine. Saya biasanya akan angkat telefon itu cepat-cepat tapi selepas tukar rington baru, saya sengaja angkat telefon lambat-lambat,” katanya yang berkehendakkan ramai orang mendengar lagunya.

Cha Eun Woo kini boleh dilihat sebagai artis undangan khas untuk rancangan realiti tv SBS Master In The House bersama dengan Lee Seung Gi.

Sumber: mydaily

loading...