Penyanyi Kpop, Choi Sung Bong yang sedang bergelut dengan barah usus, prostat dan thyroid pernah berada keadaan kritikal selepas jatuh pengsan tidak bernafas selama dua hari.
“Choi Sung Bong cuba diberikan bantuan CPR dan dikejarkan ke bilik rawatan kecemasan di Gangnam University Hospital selama 4 jam. Nasib baik, beliau sudah mulai sembuh dan sedang tinggal di rumah sekarang,” kata jurucakap agensinya.
Bagi tidak menghampakan peminatnya, Choi Sung Bong memohon doa dan sokongan berterusan daripada mereka.
Choi Sung Bong merupakan bekas naib juara tvN Korea’s Got Talent musim pertama yang disiarkan pada tahun 2011.
Sumber: imbc