Woongi TOO dipuji netizen hari ini selepas tindakannya cuba memperbetulkan kesalahan rakan-rakannya yang mungkin sudah pun mengabaikan peraturan penjarakkan sosial.
Dalam satu perkongsian yang dibuat oleh seorang pelajar dipetiknya daripada laman ‘chat room’ KakaoTalk, rakan-rakan kelasnya didapati telah mempersoalkan tindakan Woonggi TOO yang mahu menghalang mereka mengadakan upacara meneguk arak beramai-ramai.
“Hello, Ini Cha Woonggi, pelajar daripada bidang lakonan. Ini ‘chat room’ yang dihuni oleh 21 orang. Aku rasa korang sudah melampaui batas dengan ajakan sebegitu. Aku tak rasa meneguk arak beramai-ramai di Konkuk University adalah sesuatu yang harus dibangga-banggakan,” tulis Cha Woonggi menyuarakan pendapatnya.
Walaubagaimanapun, rata-ratanya mengecam Woonggi TOO kerana tidak mengambil mudah dengan ajakan mereka. Antara komen-komen dilontarkan termasuklah, “Kau buat tak tahu sudah lah”,”Apa yang kau nak cakap sebenarnya?”,” Kau nak suruh kami kurung kat rumah saja kah?”. Malah ada di antaranya telah mengejek nama Woongi dengan berkata, “Onggi, kau nak datang juga kan? Jom kita lepak dan main.”. ‘ongi-jongi’ yang dicampuraduk daripada namanya, merujuk kepada kebersamaan.
Meskipun dihina dengan ejekan sebegitu, Woonggi TOO tetap teguh mempertahankan pendapatnya. “Aku dah cakap apa yang aku nak cakap. Aku tak rasa kita diberitahu supaya mengadakan perjumpaan melebihi 5 orang tanpa alasan kukuh kerana menyangkakan korang mahu ajak minum beramai-ramai.”
Pada mulanya, tukang adu tersebut mahu memalukan Woonggi tetapi tangkap layar daripada tukang adu berikutnya menjelaskan situasi sebenar. Woonggi sempat meminta tukang adu pertama itu berhati-hati supaya tidak mengguriskan hati kawan-kawan lain selepas memanggil kawan yang mempertahankannya dengan gelaran buruk (“crazy bitch”).
Berikutan tindakan berani Woonggi tersebut, netizen terpaku dengan keteguhan yang ditunjukkan olehnya walaupun diejek dengan berbagai-bagai rupa. “Woonggi sudah buat yang terbaik… Agensi memilih orang yang betul”,”Kau dah buat benda betul. Kalau aku selebriti, tak kuasa nak layan. Sudahlah terbeban, lagi nak capai kekuatan untuk menyuarakan perkara yang ternyata salah,” antara kata-kata pujian daripada netizen.
Woonggi yang merupakan bekas pelakon kanak-kanak menerusi drama SBS The King and I, ini memulakan kerjaya nyanyiannya selepas menyertai Mnet ‘World Klass’ dan akhirnya dijadikan sebagai ahli kumpulan kpop TOO. Woonggi i baru saja selesai dianugerahkan sijil berhenti sekolah (graduasi) pada 8 Februari 2021 lalu.