Angan-angan peminat ikonic Malaysia untuk menyaksikan Song Yunhyeong iKON membuat masakan Malaysia dengan air tangannya sendiri tercapai hari ini apabila penyanyi itu memuatnaik video masakan apam balik versi Malaysia itu di dalam Youtube.
Menyamakan apam balik dengan “Bunggeoppang” dan “Hodeok”, Song Yunhyeong menceritakan resepi pembuatan apam balik-nya satu-persatu dengan tiga jenis apam balik telah dicubanya iaitu apam balik berperisa kacang, apam balik berperisa jagung dan apam balik berperisa coklat. Bagi menampakkan aroma Nusantara, Song Yunhyeong meletakkan coklat Nutella di atasnya.
Bagaimanapun, kesemua apam balik itu kelihatan sedikit hangus terbakar, barangkali kerana penggunaan api yang agak kuat serta kekurangan minyak digunakan ketika sedang membakar di atas kuali. Song Yunhyeong mengakui ia sebagai percubaan pertamanya dan berjanji akan mencuba apam balik yang tulen pula ketika mengunjungi Malaysia kelak.
Netizen yang berasa terharu dengan usaha ditunjukkan oleh Song Yunhyeong untuk memperkenalkan makanan Malaysia, berharap penyanyi itu dapat menyinggah ke Malaysia untuk merasai sendiri kerangupan, kemasinan dan kemanisan apam balik tersebut.
ikON kini sedang dalam persediaan mengeluarkan album terbaru menjelang Mac 2021 depan.