Mulut pokpek pokpek tak berhenti bercakap, telatah Kim Min Ki di dalam tvN True Beauty bakal dikenangi

May be an image of 1 person

Kim Min Ki, pelakon yang baru mencuba nasib di dalam tvN True Beauty sebagai resume drama pertama lakonannya ini, menghiburkan penonton dengan kehadirannya sebagai Im Juyeong, adik kepada watak lakonan Moon Ga Young, Im Jukyung.

Dalam temuduga bersama spottvnews, Kim Min Ki menjelaskan dia tidak pernah lagi rasa diminati orang ramai sebegitu rupa. “Ini kali pertama aku begitu disukai ramai. Sangat terharu kerana ramai menyukai Im Jukyung sangat,” katanya.

Sebagai adik bongsu di dalam keluarga Im Jukyung, Im Juyeong yang agak nakal dan memiliki rupa paras tampan ini seringkali mengenakan kakaknya di rumah dan menyindir kakaknya tetap kelihatan tidak cantik walaupun cuba menutupnya dengan mekap. Bagaimanapun, setelah menemui gadis yang disukai, pemikirannya terhadap seseorang yang kelihatan tidak cantik luarannya apabila dia terjatuh hati kepada Han Go Woon (lakonan Yeo Ju Ha). Im Juyeong cuba menambat hati Han Go Woon dengan mengganggunya tiap-tiap hari, namun kehadirannya tidak langsung dipedulikan oleh Han Go Woon.

Adegan di dalam episod ke-11 di mana Im Juyeong yang menjerit “cepatlah cium” sambil menggoyangkan kakinya apabila mendapati rambut kakaknya tersangkut di butang baju Lee Suho (lakonan Cha Eun Woo) antara yang tertular dan menjadi perbincangan dalam kalangan penonton drama. Manakala, adegan interaksi bersama Han Seo Jun dan Han Go Woon di dalam hospital yang sama juga menarik perhatian penonton.

“Aku baca setiap komen pasal aku. Antaranya, ‘Bila saja Juyeong keluar, mulut dia pokpek pokpek tak henti-henti bercakap’ dan ‘Tak henti ketawa bila Juyeong muncul’. Aku benar-benar terharu dengan komen-komen sebegitu. Terima kasih,” katanya.

Kim Min Ki, yang berasal daripada pedalaman ini dengan ibunya bekerja sebagai cikgu sekolah, mengaku bahawa dirinya agak penakut dalam aspek bersosial dengan orang ramai.

“Mak cakap untuk ubah personaliti aku, aku kena cuba berlakon. Ini kerana perasaan takut untuk bergaul ini akan beransur-ansur hilang,” tambahnya lagi.

Untuk mengikuti vlog Kim Min Ki, boleh lihat di sini.

Sumber: spottvnews, cbci

loading...