Lee Hong Ki FT Islands tayang janggut semput, akui dirinya semakin tua

May be a closeup of 2 people

Lee Hong Ki mengejutkan netizen dengan wajah terbarunya yang kini berjanggut dan berkumis kecil.

Tulisnya di dalam instagram miliknya sebentar tadi, “Terima kasih di atas ucapan selamat hari jadi. Aku dah jadi semakin tua. Tapi tiada pula foto terkini. Jumpa lagi dalam keadaan yang baik nanti,” katanya sambil meletakkan tanda pagar #birthday.  Gambar Lee Hong Ki dengan janggut sejemputnya itu telah mengundang teriakan netizen yang rata-rata bangga dengan perubahan yang berlaku ke atasnya yang agak sinonim dengan terma jambu sebelum ini.

Lee Hong Ki bakal menyambut hari jadi ke-31 pada 2 Mac 2021 depan, namun dia terlebih dahulu telah mengucapkan terima kasih buat peminat-peminatnya barangkali kerana sibuk dengan tugasan berkhidmat dengan ketenteraan.

Lee Hong Ki dijangka akan menghabiskan latihan ketenteraannya pada 18 April 2021 depan.

Sumber: heraldpop

loading...