Mengenang kembali arwah Amir yang begitu disayangi oleh ibu bapa angkatnya sebelum ditemui mati dek didera oleh ibu kandungnya sendiri, bayangkan apakah akan terjadi pada Amir sekiranya arwah masih hidup. Mungkin Amir menjadi seorang yang sangat berjaya pada masa depan.
Di sini penulis ingin kongsikan dua artis Kpop yang pernah melalui hidup begitu sukar pada masa kecil sehingga dibuang oleh ibu bapa kandung mereka, sebelum kemudiannya ditatang dengan penuh kasih sayang oleh ibubapa angkat mereka.
-
Lee Hangyul BAE173
Bekas ahli X1 dan kini aktif bersama BAE173 ini pernah berkongsikan ceritanya di hadapan penyanyi dan pelakon ternama Rain sewaktu di dalam The Unit.
“Abang-abang kesemuanya lebih tua 15 dan 16 tahun daripada saya. Abah saya pula berusia 60 tahun. Saya tak tau macammna rupa mak dan abah hingga darjah 1. Saya dibuang oleh ibubapa kandung ketika bayi lagi dan tinggal di rumah anak yatim hingga berusia 7 tahun,” katanya.
Menceritakan bagaimana beliau dijadikan dipertemukan dengan keluarga angkatnya, Hangyul menjelaskan ibunya menawarkan diri untuk membantu di rumah anak-anak yatim. Bagaimanapun, mereka dipisahkan sementara selepas Hangyul dipindahkan ke rumah anak yatim lain. Namun, takdir membuatkan mereka bertaut sekali lagi dan ibunya tidak mahu melepaskan peluang untuk menjadikannya sebagai anak angkat.
Sejak daripada itu, beliau mahu bekerja keras bagi memastikan ibu bapa angkatnya gembira selalu.
2. Kim Jaejoong JYP
Bekas ahli TVXQ/DBSK dan kini aktif sebagai penyanyi solo, Jaejoong telah diambil sebagai anak sangkat sejak berusia 3 tahun tanpa mengetahui dirinya sebenarnya mempunyai ibu bapa kandung. Ibu kandungnya pernah menceritakan bagaimana dia terpaksa membuang Jaejoong ketika kecil dan memfailkan tuntutan haknya ke atas Jaejoong di mahkamah.
“Suami saya hilang semua duit kerana ditipu. Kami berpisah pada 1989. Saya pula terpaksa bekerja di restoren dari 10 pagi sampai 11 malam. Saya tak dapat jaga Jaejoong dengan betul, jadi saya bagi dia makan mana-mana baki yang ditinggalkan daripada restoren. Atas sebab itu, saya terpaksa menyerahkannya kepada abang kepada kenalan saya yang mempunyai lapan anak perempuan dan berharap Jaejoong dapat dijaga sebagai anak lelaki paling bongsu daripadanya,” kata ibu kandungnya.
Jaejoong membalasnya dengan berkata, “Saya berharap dapat hidup sebagai Kim Jaejoong seperti dulu. Saya mahu lihat keluarga kandung dan angkat saya dapat memahami serta berkasih-kasih antara satu sama lain”.
Tanpa mengetahui dirinya sebenarnya daripada keluarga angkat, Jaejoong berpindah ke Seoul sendirian bagi mengikuti uji bakat SM Entertainment pada usia 16 tahun. Beliau juga dikatakan cuba berdikari dengan hasil keringatnya sendiri tanpa mahu membebankan keluarga angkatnya, antaranya menjadi pelakon pembantu tambahan dan menjual gula-gula getah bagi membayar sewa bilik sebanyak 150,000 won (RM546) ketika itu.