Jisung, salah seorang ahli NCT ini mula mendapat perhatian dalam kalangan peminat Kpop. Mula diperkenalkan pertama kali sebagai ahli subunit NCT Dream, Jisung ‘debut’ pada usia 14 tahun. Namun, kelibatnya sudah cukup membuatkan ramai terpegun dengan bakat tarian dan nyanyian ditonjolkan olehnya. Walaupun dikenali sebagai maknae, penyanyi yang berasal dari Busan ini bertanggungjawab sebagai penari utama dan “rapper” di dalam NCT.

Berikut merupakan beberapa ciri menarik diperolehi oleh Jisung, membuatkan netizen boleh tersuka padanya:
-
Suka Tersenyum
Jika anda perhatikan kebanyakan video yang memaparkan diri Jisung di media, senyuman memang jarang sekali terlekang daripada bibirnya. Atas sebab itu, Jisung seringkali menceriakan rakan-rakan NCT dengan telatah dan aksi spontannya. Malah, riak mukanya kadangkala mengingatkan netizen kepada pelakon Choi Woo Shik yang terkenal menerusi filem Parasite.
2. Bekas pelakon kanak-kanak, berpeluang jadi pelakon yang digilai suatu masa nanti
Mungkin ramai tak tahu bahawa Jisung sudah berlakon sejak usia belum belasan tahun lagi. Antara drama yang telah dilakonkan olehnya ialah SBS Tree With Deep Roots pada tahun 2011 di samping Song Joong Ki, Han Suk Kyu dan Shin Se Kyung. Filem pendek yang dikreditkan ke atas namanya ialah berjudul Boy, Be Curious. Meskipun hanya sekadar pelakon tambahan, namun pengalaman berharga diperolehinya ini mampu membolehkan Jisung terbang lebih tinggi di masa akan datang.
Park Jisung was a child actor before pic.twitter.com/w0BBt5uaNy
— doyoung's fart (@luh4nbin) February 2, 2021
3. Bakat tarian telah digilap sejak kecil lagi
Walaupun Jisung pertama kali diperkenalkan sebagai pelatih SM Entertainment dan barisan pelakon di dalam rancangan realiti tv Mickey Mouse Club pada tahun 2015, penyanyi ini telah terlebih dahulu terbabit secara tak langsung di belakang tadbir, antaranya sebagai krew tambahan mewakili pasukan Korea di dalam Sukan Olimpik Athens pada tahun 2011 serta terbabit di dalam rancangan Educational Kid Show beberapa tahun sebelum itu.
I was today years old when I found out NCT jisung and TRCNG jisung acted together in a kid's showpic.twitter.com/k609nIbfeN
— jihoney (@hakminis) September 20, 2018
Incase y'all didn't know Park Jisung performed at the 2011 Olympics Opening in Athens, Greece! pic.twitter.com/dMiogCRFIW
— doyoung's fart (@luh4nbin) February 2, 2021
Tujuan Jisung menyertai KBS Dancing High bukan sekadar mahu menunjukkan bakat tariannya, malah dia juga mahu berkawan dengan mereka yang sebaya dirinya bagi mengubati dirinya yang keseorang setelah ‘debut’ sejak kecil lagi.
Kini, usianya sudah menginjak 20 tahun mengikut Korea (19 tahun), Jisung mengimbau kembali kenangan ketika dia baru menjengah industri pada usia seawal 12 tahun dalam temuduga bersama majalah Allure. “Pada masa itu, saya rasa diri saya sangat comel bila ditenung kembali,” katanya.
4. Tidak berselindung takut dengan lipas
Sesiapa saja akan berasa geli apabila cuba didekati dengan lipas. Tapi, bagi Jisung, ia sesuatu ketakutan buat dirinya. Pernah sekali Haechan dan Jeno meminjam iPod dan menampalkan hiasan gambar lipas di belakangnya, Jisung terkejut beruk dan menjerit, lantas segera menjatuhkan iPod itu. Ketakutan Jisung seringkali dijadikan meme oleh peminat NCT.
Jisung dancing Boom next to a cockroach #NCT #NCTDream pic.twitter.com/kYVeI1BnCP
— an na?! semi ia (@neolueur) May 9, 2020
Kini, Jisung cuba berlagak ‘cool’ apabila cuba ditakutkan oleh Jeno sekali lagi. Tuhan saja tahu perasaan dia ketika itu.
JN: everyone, jisung is not scared of cockroaches anymore. COCKROACH!
JS: 🐹‼️‼️‼️😂😂😂😂 pic.twitter.com/nyirxAXs7z
— 맑구리 (@markcublee) May 10, 2020
5. Tuah nama “Jisung”

Kerana mempunyai nama yang serupa dengan pemain bola sepak ternama daripada Manchester United (Park Ji Sung), Jisung seringkali dicerca oleh bukan peminat kpop rata-ratanya berikutan namanya menjadi sohorkini di laman twitter dan instagram. Kebanyakan peminat bola sepak ini kemudiannya menjadi hampa apabila orang yang dicari itu ternyata bukan Park Ji Sung, sebaliknya Jisung NCT. Namun, ia membuatkan semakin ramai mengenali dan menyukai kehadirannya walaupun bukan sengaja dilakukan.
Selain pemain bola Park Ji Sung, nama Jisung seringkali dikaitkan dengan pelakon drama tersohor daripada KBS Secret Love dan MBC Kill Me Heal Me, Jisung serta Han jisung daripada kumpulan kpop, Stray Kids.