Tangis hiba mengiringi pemergian Mark Tuan ke Amerika Syarikat

May be an image of 4 people and people standing

Selepas menamatkan kontrak bersama JYP Entertainment, Mark Tuan menjadi ahli GOT7 pertama yang bakal pulang semula ke Amerika Syarikat meneruskan kerjaya seni solonya.

Sempat mengutus salam buat peminat ahgase di laman twitternya, Mark Tuan berkata, “Sehingga kita berjumpa lagi, semua orang mesti sihat dan gembira ya.”

Mark Tuan turut menegaskan bahawa dia akan kembali semula sebelum berangkat menaiki kapal terbang dari Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon pada hari ini.

Namun demikian, GOT7 tampaknya tidak dapat melupakan kenangan bersama Mark Tuan terutamanya Bambam yang agak rapat dengannya. Beberapa foto dimuatnaik oleh Bambam menerusi instagram dan twitternya. “Hari ini hari pertama kamu di Korea, dan hari ini juga kamu balik ke sana. Saya gembira untukmu abang, dan akan merinduimu lagi. Harap kita berjumpa lagi,” tulis Bambam membuatkan peminat GOT7 terasa hiba meraikan pemergiannya.

Mark Tuan direkruit menyertai ujibakat JYP Entertainment pada usia seawal 17 tahun ketika dia sedang keluar melepak bersama kawan di Amerika Syarikat. Mark Tuan menyanyikan lagu When I’m Gone semasa sesi uji bakat dan menjadi pelatih selama 3 tahun 6 bulan sebelum debut bersama GOT7 pada tahun 2013.

Sejak bersama GOT7, kehadiran Mark Tuan dipuji oleh peminat wanita berusia disebabkan fizikalnya yang menawan di samping seringkali menjadi sasaran peminat sasaeng beberapa kali.

Sumber: N/A

loading...