Park Seo Joon & Choi Woo Shik dihentam netizen gara-gara tertawa terbahak-bahak selepas dihadiahkan potret di dalam tvN Youn’s Stay

May be an image of 3 people and text

Dalam episod tvN Youn’s Stay baru-baru ini, seorang pengunjung telah mempersembahkan lukisan hasil lakaran daripada tangannya sendiri buat tatapan hos Youn’s Stay termasuklah Youn Yeo Jung dan Choi Woo Shik.

Memperkenalkan dirinya sebagai pelajar seni di Hongik University, dia berkata, “Bukanlah terbaik… Sebab itu saya takut nak tunjuk kerana mungkin tak cantik.”

Youn Yeo Jung berbesar hati, mengaku dia tampak lebih menawan menerusi potret tersebut manakala Choi Woo Shik pula tidak dapat menahan dirinya daripada ketawa apabila gambar potretnya berlainan daripadanya. Choi Woo Shik kemudiannya keluar ketawa bersama-sama dengan Park Seo Joon.

Bagaimanapun, reaksi mereka itu mengundang rasa kurang senang daripada netizen. “Saya rasa begitu penting untuk tahu macammana pengunjung teragak-agak apabila dia mahu keluarkan lukisan potret itu. Nampak sangat dia gemuruh. Dan lain pula ketawa dengan hasil kerjanya, korang tidak bertimbangrasa langsung,” kata netizen itu.
Sebilangan yang lain pula mempertahankan tindakan Choi Woo Shik dengan mengatakan dia tidak berniat untuk menyindir hasil lukisan pengunjung itu. “Sudah pasti pengunjung itu memahami reaksi spontan Choi Woo Shik yang positif terhadapnya,” katanya.
tvN Youn Stay ini boleh ditonton di cenel Astro 395 tvN Asia setiap hari Jumaat.
Sumber: kukinews
loading...