Penyanyi Rap Korea, Iron ditemui meninggal dunia, disyaki akibat terjatuh dari apartment tempat tinggalnya

May be an image of 1 person and standing

Penyanyi rap yang seringkali mencetuskan kontroversi berpanjangan sepanjang karier nyanyiannya dan merupakan bekas finalis Mnet Show Me the Money 3, Iron meninggal dunia hari ini akibat pendarahan teruk dialaminya, disyaki setelah terjatuh daripada apartment tempat tinggalnya.

Menurut kenyataan rasmi daripada pihak polis pada 25 Jan 2021, seorang pengawal keselamatan telah menemui Iron dalam keadaan berlumuran darah di perkarangan bebunga berdekatan dengan apartment tempat tinggalnya di Sindangdong, Junggu, Seoul pada jam 11.25 pagi waktu Malaysia. Iron segera dikejarkan ke hospital berdekatan dan disahkan meninggal dunia selepas itu. Bagaimanapun, pihak polis belum dapat mengklasifikasikan samada sebab kematiannya adalah secara mati secara mengejut (terjatuh) atau kes bunuh atau bunuh diri.

Penyanyi rap Iron atau nama sebenarnya Jung Hun-cheol (28 tahun) itu pernah ditahan polis pada sekitar Disember 2020 lalu kerana dituduh memukul kawan serumahnya dengan kayu besbol. Aduan tersebut dibuat oleh kawan serumahnya, A yang mendakwa Iron telah membantainya dengan kayu besbol berulang-ulang kali. Iron telah melibas punggungnya dengan kayu besbol sebanyak 50 kali kerana A tidak mahu mengaku di atas tuduhan dibuat oleh Iron kepadanya. Dengan kematian Iron, maka kes pendakwaan ke atasnya bakal digugurkan serta-merta.

Baca lagi: Penyanyi Rap Korea, Iron ditahan selepas melibas punggung rakan serumahnya dengan kayu besbol

Selain insiden melibatkan rakan serumahnya, Iron juga pernah dijatuhkan hukuman pergantungan selama 2 tahun dan 80 jam berkhidmat dengan komuniti selepas didapati bersalah mengugut dan mencederakan bekas teman wanitanya. Malah, mendiang turut mengakui pernah menikam kawan sekolahnya dengan pisau suatu masa dulu sebagai balasan kerana dibuli olehnya walaupun kes itu tidak diperpanjangkan oleh pihak polis.

Pesanan : Jika anda memerlukan seseorang yang ingin berbual, jangan malu dan segan untuk memulakan tindakan serta mendapatkan bantuan. Semak SINI untuk mengetahui Hotlines yang boleh anda capai dan sekiranya perkhidmatan tersebut tidak terdapat di negara anda, sila hubungi talian kecemasan.

Sumber: IS Plus

loading...