BTS diangkat pemenang daesang Golden Disk Awards ke-35, GOT7 ucap terima kasih kerana sokong mereka 7 tahun

BTS diangkat sebagai pemenang daesang Golden Disk Awards ke-35 untuk kategori Album of The Year menerusi album ‘Map of The Soul 7’.

Dalam ucapannya Namjoon berkata, “Sudah lama 7 orang berkumpul serentak datang ke majlis. Sekali lagi, kami terima anugerah daesang dan rasa terharu sangat, lagi-lagi bersama Suga.”

Manakala, Suga menyatakan harapannya supaya wabak Covid-19 mulai reda sepenuhnya l. “Saya harap Covid-19 reda supaya kami dapat hasilkan album terbaru secepat mungkin,” katanya.

Selain daesang, BTS turut membawa pulang anugerah bonsang untuk bahagian album setelah memenanginya untuk bahagian single semalam.

Sementara itu, GOT7 yang menerima anugerah bonsang hari ini turut mengucapkan terima kasih kepada peminat yang memberikan sokongan pada mereka selama 7 tahun. “Saya harap tahun ini dapat saya dapat bersemuka dengan kalian tanpa topeng muka,” kata Jaebom.

“Macam-macam berlaku samada baik atau menyusahkan seperti roller-coaster,” kata Yugyeom pula dan disambut oleh Youngjae, “Bukankah roller-coaster juga akan berhenti juga? Kami akan cuba bermuhasabah dan menjadi GOT7 yang terbaik buat kalian.”

Kesemua ahli GOT7 bakal menamatkan kontrak mereka bersama JYP, namun tiada petunjuk bahawa hubungan mereka telah berentakan sehingga boleh membawa kepada pembubaran GOT7.

Golden Disk Awards turut mengiktiraf Treasure dan Enhypen sebagai pemenang Best Rookie, manakala Stray Kids dan G-idle sebagai pemenang Best Performance.

Berikut ialah pemenang-pemenang Golden Disk Awards ke-35 termasuk hari semalam:

Album Division
Physical Daesang (Main Award) : BTS – MAP OF THE SOUL: 7

Bonsang (Main Award)
BTS, NCT 127, SEVENTEEN, TWICE, BLACKPINK, GOT7, NCT, Baekhyun EXO, TOMORROW X TOGETHER (TXT)

Digital Song Division
Daesang (Main Award) IU’s “Blueming”

Bonsang (Main Award)
BTS, IU, MAMAMOO, Noel, Zico, Oh My Gir,l Red Velvet, ITZY, Hwa Sa, MAMAMOO, BLACKPINK

Best Performance – STRAY KIDS, (G)I-DLE

Cosmopolitan Artist – NCT 127

Best OST – Jo Jung Suk – Aloha

Best Ballad Award – Lee Seung Gi

Best Solo Artist Award – Jessi

Best Group Award – MONSTA X

Best Trot Award – Lim Young Woong

Trend of the Year – Zico

Best R&B Hip Hop Award – Changmo

Golden Choice Award – NU’EST

Next Generation Artist Award  – The Boyz, LOONA

Rookie of the Year – TREASURE, ENHYPEN, Kim Ho Jong

QQ Music Fan’s Choice Kpop Artis –EXO

Curaprox Golden Disc Popularity Award –  BTS

loading...