Yoon Park, Seo Hyun Jin, Kim Dong Wook & Nam Gyu Ri sah bintangi drama terbaru tvN You Are My Spring

Image may contain: 3 people

Kim Dong Wook akan menggantikan Yoon Kye Sang, bagi membintangi drama terbaru, ‘You Are My Spring’ bersama-sama Seo Hyun Jin dan Yoon Park. Keempat-empat pelakon termasuklah Nam Gyu Ri telah pun mengesahkan penglibatan mereka di dalam drama berkenaan.

‘You Are My Spring’ adalah sebuah drama yang berkisarkan tentang tiga orang yang mengharungi kehidupan orang dewasa dalam keadaan diri mereka masih berusia 7 tahun.

Seo Hyun Jin, pemenang Best Actress Baeksang Awards ini, akan membawakan watak pengurus hotel bernama Kang Da Jung,mempunyai rupa yang mirip dengan ayahnya dan memiliki ketabahan hati seperti ibunya. Kang Da Jung tidak perlu melanjutkan pelajaran ke akademi termahal, namun biasiswa yang diterimanya sudah cukup untuk membolehkannya mendapat pekerjaan di hotel mewah, sekaligus menjadi pengurus terpantas sekali dalam kalangan rakan-rakan sekerjanya. Hidup Seo Hyu Jin cukup sempurna sehingga dia berpindah ke satu unit apartment yang sama dengan Joo Young Do di mana dia terbabit di dalam kejadian pembunuhan mengaitkan dirinya dengan Joo Young Do.

Kim Dong Wook pula akan memegang watak Joo Young Do, pakar psikiatrik yang cuba memulih hati mereka yang terluka kerana kemurungan atau patah hati. Joo Young Do seorang yang cepat menganalisiskan situasi dengan cukup pantas, namun dirinya juga rapuh seperti Kang Da Jung kerana tidak dapat melupakan sejarah pahit dalam hidupnya di mana dia tidak dapat menyelamatkan abangnya dan salah seorang ibubapanya.

Yoon Park dan Nam Gyu Ri pula masing-masing akan memegang watak CEO syarikat pelaburan, Chae Joon dan pelakon ternama, Ahn Ga Young. Chae Joon pernah memendam perasaannya terhadap Da Jung, malah perbuatan dilakukannya seolah-olah memahami segala perasaan dan kehendak wanita itu. Ahn Ga Young pula sebaliknya mengalami trauma akibat ditinggalkan oleh teman lelakinya yakni bekas pengurusnya dan sukar untuk bercinta sekali lagi.

tvN You Are My Spring  bakal menjadi lakonan Seo Hyun Jin, Kim Dong Wook, dan Yoon Park masing-masing selepas tvN Black Dog, MBC Find Me In Your Memory dan tvN Birthcare Center. Seo Hyun Jin juga pernah membuat kemunculan khas sebagai doktor di dalam tvN Youth of Records baru-baru ini.

‘You Are My Spring’ yang bakal ditulis sepenuhnya oleh Lee Mi Na (“tvN Bubblegum”) dan mendapat sentuhan sutradara PD Jung Ji Hyun (“tvN Mr. Sunshine”,”OCN Search: WWW”,”SBS The King: Eternal Monarch”) ini akan ditayangkan menjelang pertengahan tahun 2021 depan.

Sumber: yonhap, IS Plus 1, IS Plus 2

loading...