[Gempar] Chae Rim ‘Dalja’s Spring’ akhirnya bercerai dengan suaminya setelah setahun cuba menafikan

Image may contain: 3 people

Pelakon drama korea popular awal 2000-an, Chae Rim (41 tahun) sudah pun bercerai dengan suaminya, Gao Zi Qi (40 tahun).

Menurut laporan Spottvnews pada 17 Disember 2020 hari ini, Chae Rim sedang menyelesaikan tuntutan cerainya dengan Gao Zi Qi dan kini tinggal di Korea.

Sebab penceraian itu tidak dinyatakan, tetapi Chae Rim telah mengesahkannya dengan sepatah kata, “Saya berhati-hati (tidak mahu mengulas lanjut). Lambat-laun akan diketahui juga.”

Pada Mac 2019, lalu media China melaporkan Chae Rim sudah pun bercerai dengan Gao Zi Qi, namun ianya cepat-cepat dinafikan oleh agensinya. Mereka mula berkahwin pada tahun 2014 setelah bertemu di set penggambaran drama “The Lee Family” pada tahun 2013. Ini perkahwinan kedua Chae Rim selepas bercerai dengan suami pertamanya, Lee Seung Hwan, penyanyi balad terkemuka pada tahun 2006.

Chae Rim merupakan salah seorang pelakon Hallyu yang agak popular sekitar 2000-an dengan drama-drama seperti All About Eve, Dalja’s Spring dan Oh! Pil Seung, Bong Soon Young. Sejak tahun 2010, beliau tidak lagi berlakon di Korea sebaliknya menumpukan karier seninya di tanah besar China.

Sumber: spottvnews

loading...