[Gempar] BoA disiasat polis kerana terbabit dalam cubaan seludup pil tidur dari luar negara

Image may contain: 1 person

BoA sedang disiasat polis hari ini kerana disyaki telah menyeludup pil tidur dari luar negara.

Menurut laporan SBS ‘8 News’, seorang penyanyi kpop ternama disyaki secara sembunyi-sembunyi menyeludup pil-pil tidur (zolpidem) dari luar negara melebihi kuantiti yang dibenarkan oleh undang-undang.

Ketika berada di Jepun, pekerjanya akan membekalkan pil-pil tidur berkenaan untuk kegunaannya di sana. Namun demikian, pekerja penyanyi itu baru-baru ini telah ditahan di pejabat kastam Korea ketika cuba membawanya masuk dalam kuantiti yang banyak.

Susulan dengan itu, agensinya, SM Entertainment membuat kenyataan maaf dan memberikan alasan anak buahnya memerlukan pil tidur itu untuk mendapatkan tidur yang selesa selepas mengalami kekurangan hormon di dalam tubuh badannya. “Pekerja BoA di sana (Jepun) tahu BoA memerlukan pil tidur itu juga, maka dia tidak menyedari mendapatkannya di Korea menjadi masalah kepadanya,” kata jurucakap agensi itu.

Tanggal 1 Disember 2020 lalu, BoA telah mengeluarkan album studio kesepuluhnya berjudul ‘Better’ sempena meraikan 20 tahun di dalam industri. Digelar ‘Queen of Kpop’ satu ketika dulu kerana menjadi satu-satunya artis solo perempuan paling mendominasi Korea dan Jepun pada waktu sama, pendekatan muzik dibawa oleh BoA sentiasa menjadi inspirasi buat artis Kpop generasi baru.
Sumber: edaily

loading...