Kumpulan K-pop terbaru, ‘Ciipher’ jadi taruhan Rain

Mungkin, setelah terlibat dengan pelbagai program hiburan berkaitan Kpop sebagai juri, nampaknya kini Rain menerusi syarikatnya Rain Company telah bersedia untuk memiliki kumpulan kpopnya sendiri.

Pada hari ini, 10 Disember menerusi akaun Instagramnya, Rain berkongsi berita gembira dengan para pengikut serta peminat mengenai Ciipher, kumpulan Kpop pertamanya.

Penyanyi serta Pelakon ini telahpun berkongsi sekeping gambar sekumpulan tujuh anak muda dengan kapsyen seperti berikut:

“Sangat teruja untuk memperkenalkan kumpulan Kpop terbaru kelahiran Rain Company pada episode ‘SeasonBSeason’ hari ini! Jadi, jangan ketinggalan untuk ketahuinya!!

Satu sumber dari Rain Company menyatakan, “Ciipher dijadual debut pada awal tahun depan. Lebih banyak informasi mengenai ahli-ahli kumpulan Ciipher akan dikongsi dan diriliskan menerusi website rasmi. Penampilan mereka dalam episode ‘SeasonBSeason’ yang disiarkan di cenel YouTube Rain pada hari ini adalah kemunculan sulung mereka untuk tatapan penonton.”

Menurut sumber itu lagi, Ciipher telah bersiap sedia untuk debut dalam tempoh 3 tahun dan majoriti ahlinya telah menyertai ujibakat dan ada juga Antara mereka pernah menjadi pelatih di beberapa agensi yang besar.

Antara ahli kumpulan yang pernah menyertai rancangan survival adalah Park Sungwon (Under Nineteen), Kil Dohwan (YG Treasure Box), Moon Hyun Bin (Produce 101), dan Choi Seokwon (No Mercy).

Jadi untuk melihat Ciiper buat pertama kali, jangan lupa saksikan ‘SeasonBSeason’ di Youtube cenel Rain.

Untuk makluman, terdahulu, Rain telah menyunting gadis berusia 17 tahun, Oh Ye Ju sebagai pelakon baru yang kini bernaung di bawah syarikatnya

Selain dari itu, sama-sama kita nantikan informasi terkini mengenai perjalanan Ciipher dari masa ke semasa.

Sumber : Rain | star.mk

loading...