Dikenakan peminat kaw-kaw, Mingyu SEVENTEEN tak sangka dia hampir tergoda

Mengenakan idola kesayangan mereka adalah sesuatu yang sangat diharap-harapkan peminat.

Dalam video yang dimuatnaik oleh kelab peminat Mingyu SEVENTEEN di China yang tertular sejak semalam, Mingyu dilihat mendengar luahan peminatnya dengan penuh khusyuk.

“Oppa, aku tengah hadapi masalah sekarang. Mahkamah hubungi aku semalam. Aku rasa aku kena saman. Diorang cakap dalam Korea, tapi aku pula tak berapa fasih berbahasa Korea. Jadi, aku rekod dulu perbualan itu. Boleh dengar tak dulu dan jelaskan apa dosa telah aku buat?,” tanya peminat itu sebelum memainkan lagu Lovesick nyanyian FT Islands.

Apabila diperdengarkan keratan lagu berbunyi, “Inilah dosa kerana mencintai orang itu, inilah dosa kerana mencintaimu,” Mingyu tidak dapat menahan perasaan terkesimanya lalu tersenyum kemudian.

“Salah ke?,” tanya peminat itu lagi. Mingyu kemudiannya berpaling mukanya seketika dengan senyuman terukir di bibirnya tanda dia telah berjaya dipermainkan.

“Aku hampir digodai,” kata Mingyu.

Pengakuan jujur Mingyu itu telah mengundang reaksi mengejut daripada peminat CARATS di serata dunia dan kini menjadi sohor kini di twitter.

SEVENTEEN masih mempromosikan album mereka, ‘Semicolon’ di Korea dan China. Usaha mereka berhasil apabila jualan album itu kini sudah pun mencecah 1 juta unit sehingga diberikan pengiktirafan ‘jutawan’ oleh Gaon.

Sumber: weibo

loading...