“Life Goes On”, lagu berbahasa Korea pertama juarai carta Billboard Hot 100, sedikit lagi pecah rekod The Beatles lima dekad lalu

BTS mencipta kegemilangan berterusan dan melakar sejarah sekali lagi dengan single kedua mereka, ‘Life Goes On’ yang dipetik daripada album terbaru, BE pula menjuarai carta Billboard Hot 100.

Menurut Billboard, BTS melakukannya dengan bilangan penstriman, putaran radio (‘airplays’) dan jualan digital sangat tinggi masing-masing dengan 14.9 juta penstriman, 150,000 unit telah terjual dan sebanyak 410,000 kali telah diputar di corong-corong radio, lantas meletakkan lagu itu jauh di hadapan pada minggu ini untuk meraih kedudukan no.1 di dalam carta Billboard Hot 100.

Baca lagi: Album ‘Be’ BTS debut no.1 di dalam carta Billboard 2020

Dengan Life Goes On, Savage Love (remix bersama Jawsh 685 dan Jason Derulo) serta Dynamite masing-masing pernah meraih posisi no.1 dalam tempoh tiga bulan saja, BTS melakar sejarah sekali lagi apabila menjadi kumpulan pertama berjaya berbuat demikian sejak The Beatles pada tahun 1964 yang pada masa itu dilakukan dalam tempoh 2 bulan 3 hari. Life Goes On turut mencipta sejarah lagu berbahasa Korea pertama menjuarai carta itu dan bergelar lagu terlaris di Amerika Syarikat dalam seminggu sejak carta tersebut ditubuhkan pada 62 tahun lalu. Ia juga merupakan lagu bukan bahasa Inggeris pertama ‘debut’ pada kedudukan no.1.

Segala pencapaian ini tidak akan memadai tanpa usaha berterusan dilakukan oleh BTS sejak lebih 6 tahun lalu. Album BE boleh didapati pasaran dan boleh distrimkan melalui Spotify.

Sumber: Billboard

loading...