BTS sekali lagi berjaya meraih kedudukan no.1 di carta album Billboard 200 menerusi album terbaru, BE.
Menurut Billboard, BE telah memungut jualan melebihi 242,000 unit di dalam seminggu di Amerika Syarikat. Ia sudah cukup untuk melayakkan BTS berada di tangga pertama mengatasi album-album keluaran artis lain.
Jualan album kali ini didapati menurun berbanding pencapaian sebanyak 370,000 unit di dalam seminggu diperolehi menerusi ‘Map of The Soul 7’ sebelum ini. Seperti juga di Korea, catatan penurunan yang sama juga dapat dilihat di Amerika Syarikat. Ia berikutan versi ‘Deluxe’ yang lebih berganda mahal berbanding album-album sebelumnya dan ahli-ahli BTS sendiri mahu menyumbangkan kreativiti mereka di dalam proses pembikinan album.
BE merupakan album kelima BTS memperolehi no.1 setelah mencapainya dengan ‘Love Yourself: Tear’ pada tahun 2018, ‘Love Yourself: Tear’, ‘Love Yourself: Answer’, ‘Map of the Soul: Persona’ dan ‘Map of the Soul:7’.
Sumber: Billboard