SEEYA, kumpulan kpop pop balad terkemuka pada 2000-an, mungkin tidak akan kembali beraksi di atas pentas lagi.
Lantaran kejayaan persembahan mereka buat kali pertama di dalam tempoh 9 tahun di jtbc Sugarman 3 pada awal Februari lalu, peminat mengharapkan ketiga-tiga penyanyi itu dapat disatukan sekurang-kurangnya untuk menghasilkan satu single terbaru. Namun, usaha itu tampaknya tak berhasil.
Nam Gyu Ri yang kini seorang pelakon ternama, berkata, “Ya memang ada usaha ke arah itu, tapi kami tak dapat capai persetujuan. Saya mohon maaf kepada peminat.” Nam Gyu Ri sepatutnya tidak mempunyai sebarang halangan pada bulan Disember depan berikutan MBC Kairos yang akan tamat menjalani penggambaran tak lama lagi, namun tidak dapat berbuat demikian kerana rundingan yang gagal dicapai bersama ahli SEEYA lain seperti Kim Yeon Ji dan Lee Bo Ram.
SEEYA dikenali dengan lagu-lagu balad seperti My Heart Is Touched OST MBC Personal Taste, Crazy Love Song OST KBS Invisible man, Choi Jang Soo, Scent of Woman serta Love’s Greeting sehingga melayakkan mereka menerima anugerah ‘Bonsang’ di Golden Disk Awards sebelum akhirnya terbubar pada tahun 2011.
Sumber: donga