Mnet akan menerbitkan program realiti tv terbaru, ‘Running Between’ yang bakal menampikan penyanyi idol perempuan berlari-larian untuk menikmati permandangan indah berlatarbelakangkan gunung-ganang, tasik atau laut.
Keputusan untuk mewujudkan program realiti itu berteraskan idea daripada ‘Runtlip’ selain mahu penonton terhibur dengan konsep pengembaraan terbaru daripada Mnet sambil menggalakkan perlancongan untuk kawasan-kawasan yang jarang ditonjolkan kepada umum. Penyanyi-penyanyi kpop itu akan saling berinteraksi sesama sendiri di mana mereka akan berkemah waktu malam sebelum meneruskan perjalanan keesokan harinya.
Atas sebab itu, pihak produksi yang telah pun memilih beberapa penyanyi idol perempuan dalam kalangan berusia 20-an dan episod pertama bakal ditayangkan pada 9 Disember 2020 ini. Bagaimanapun, setakat ini Mnet belum mendedahkan senarai nama idol berkenaan.
Spekulasi dua ahli Blackpink, Jisoo dan Jennie akan membuat kemunculan di dalam ‘Running Between’ timbul selepas ‘teaser’ program itu dikatakan memaparkan gambar kedua-dua penyanyi itu ketika menghadiri SBS Inkigayo dahulu.
Jika kemunculan mereka disahkan, sudah pasti ramai peminat Blinks akan turun padang menyaksikannya.
Sumber: newsen