Kam Woo Sung, Jang Dong Yoon dan Park Sung Hoon akan membintangi drama sageuk SBS terbaru berjudul, ”Joseon Exorcist’. Jang Dong Yoon baru saja selesai membintangi drama OCN Search.
SBS ‘Joseon Exorcist’ berkisarkan tentang keadaan fiksyen yang berlaku pada dinasti Joseon di mana sekumpulan mayat hidup (“zombies”) yang telah dibunuh askar diraja, dibangkitkan oleh seseorang bagi membuat kacau-bilau.
Kam Woo Sung akan membawakan watak Lee Ba Won (raja Taejong) yang bertungkus-lumus untuk membasmi penularan mayat hidup yang dikatakan berasal dari Barat, dengan pedangnya. Jang Dong Yoon pula akan membawa watak Chungnyeongdaegun, hero yang menyertai peperangan dengan mayat hidup untuk menyelamatkan manusia daripada diterkam dan dikatakan akan mewarisi takhta Joseon seterusnya. Terakhir sekali, Park Sung Hoon akan memegang watak Yangnyeong Daegun, putera mahkota Joseon yang menandatangani perjanjian dengan mayat hidup kerana berdendam dengan ayahandanya semata-mata mahu melindungi orang yang dikasihinya.
SBS ‘Joseon Exorcist’ yang akan mendapatkan sutradara Shin Kyung Soo (“SBS Six Flying Dragons”,”KBS Nokdu Flower”) dan penulis skrip Park Kye Ok (“SBS Doctor’s Prisoner”) ini dijangka tayangannya pada Mac 2021 depan.