Lagu “Fancy” TWICE menjadi pembakar semangat Minho SHINEE sewaktu berkhidmat dengan ketenteraan

Minho SHINEE mendedahkan lagu “Fancy” oleh TWICE menjadi lagu yang seringkali didengarinya ketika berkhidmat dengan ketenteraan.

“Sewaktu awal-awal berkhidmat, aku cuba buat aktiviti keagamaan. Kebetulan ‘Fancy’ nyanyian TWICE keluar ketika itu. Kawan-kawan askar aku pula memang peminat tegar lagu-lagu TWICE. Jadi, ‘Fancy’ kemudiannya menjadi lagu latar belakang kehidupan tentera aku sejak daripada itu,” katanya.

Ditanya samada lagu itu menjadi pembakar semangat buat dirinya, Minho berkata, “Aku terharu sangat dengan kewujudan kumpulan kpop perempuan. Mereka memberikan kekuatan buat pegawai unit ketenteraan yang sedang berkhidmat.”

Minho berkhidmat dengan pasukan tentera marin dan beliau sempat bersemuka dengan Lee Chan Hyuk AKMU selama dua minggu sebelum Lee Chan Hyuk selesai berkhidmat. Disoal oleh Onew dalam siaran langsung bersama peminat tentang apakah yang telah dipelajari olehnya sewaktu berkhidmat, Minho mendedahkan dia berbangga semakin cepat menukarkan baju berbanding rakan-rakannya di dalam SHINEE.

“Kebiasaannya aku yang paling cepat tukar baju sebelum beraksi di dalam konsert. Tetapi, kali ini ia sudah jadi semakin cepat lagi,” jawab Minho seara berseloroh.

Minho juga mengaku dia begitu berbangga dapat membantu orang-orang tua yang tertindas kerana tanamannya rosak akibat dibadai taufan. “Aku bagi dia bibimbap sebagai snek, buat aku berasa sangat berbangga.

Dengan kembalinya Minho pada 15 November 2020, kini tinggal Taemin saja yang belum lagi menunaikan latihan ketenteraan manakala Onew dan Kim Ki Bum (Key) sudahpun menghabiskan latihan ketenteraan mereka terlebih dahulu.

SHINEE terbentuk daripada lima orang anggota termasuklah Jonghyun yang meninggal dunia tiga tahun lalu.

Sumber: tv report

loading...