Seo In Guk, Park Bo Young, Lee Soo Hyuk & Dawon SF9 bakal disatukan untuk drama terbaru, ‘Destruction’?

Seo In Guk, Park Bo Young, Lee Soo Hyuk dan Dawon SF9 sedang mempertimbangkan kemungkinan untuk membintangi drama terbaru berjudul ‘Destruction’.

‘Destruction’ berkisarkan tentang makhluk pemusnah yang mampu merosakkan kehidupan manusia dalam sekelip mata saja dan seorang gadis yang tersepit sejak kecil kerana mahu mengecapi kebahagian untuk sementara. Seo In Guk akan membawakan watak makhluk pemusnah itu manakala Park Bo Young pula sebagai gadis itu yang dinamakan sebagai Tak Dong Gyeong. Pada suatu hari, maklum pemusnah itu telah ‘dipanggil’ oleh Tak Dong Gyeong dalam keadaan tidak sengaja (marah-marah) lalu menyebabkan mereka terpaksa hidup bersama selama 100 hari. Dia berharap dapat kekal bersemadi buat Tak Dong Gyeong selepas 100 hari berakhir.

Lee Soo Hyuk juga ditawarkan watak yang tidak didedahkan lagi buat masa ini manakala Dawon SF9 pula bertindak sebagai adik lelaki kepada Tak Dong Gyeong yang suka berlawak tetapi mengambil berat tentang kakaknya melebihi orang lain.

Ia bakal menjadi drama pertama masing-masing buat Seo In Guk selepas tvN The Smile Has Left On Your Eyes pada tahun 2018, Park Bo Young selepas tvN Abyss pada tahun 2019, Lee Soo Hyuk selepas KBS Born Again pada tahun 2020, dan Dawon SF9 selepas webdrama ‘Click You Heart’.

‘Destruction’ ditulis sepenuhnya oleh  Im Echo-ri (“jtbc Beauty Inside”) dan bakal mendapat sentuhan pengarah Kwon Young Il (“tvN My Unfamiliar Family”,”tvN Search: WWW”).

Sumber: IS Plus, dailian, hankookilbo

loading...