‘Youtube’ terputus bekalan sementara, peminat kpop hampa tak dapat strim MV bias masing-masing

Youtube mengalami masalah untuk memaparkan video mereka di laman web itu sebentar tadi. Kesemua pengguna tidak dapat menonton video itu apabila ianya cuba ditekan berulang-ulang kali.

Masalah itu yang berlarutan selama lebih kurang setengah jam itu, tidak dapat dikenalpasti puncanya namun sudah pun diselesaikan pasukan teknikal Youtube tadi.

Ketika terjadinya masalah berkenaan, DownDetector mendedahkan menerima aduan terbanyak sehingga mencecah 278,000 orang dalam masa setengah jam saja. Ianya tak terhenti di situ saja apabila pengguna twitter juga melepaskan kemarahan mereka dengan tanda pagar #YoutubeDOWN sejak dari tadi.

Buat peminat kpop pula, rata-ratanya melahirkan perasaan kecewa mereka kerana tidak dapat menstrimkan MV bias mereka masing-masing. Malah, ia dijangka memberikan kesan kepada perolehan tontonan terbanyak yang diraih di dalam tempoh 24 jam bagi mana-mana artis Kpop yang membuat ‘comeback’ sejak semalam.

loading...