Kim Hye Soo disebut-sebut sedang menimbangkan tawaran untuk membintangi drama terbitan Netflix, ‘The Boy Judgement’.
Menurut portal OSEN, beliau dijangka akan memegang watak hakim. Namun begitu, maklumat tentang drama ini masih lagi kabur dan akan dikemaskinikan tak lama lagi.
Kim Hye Soo telah meninggalkan impresi mengagumkan menerusi lakonannya di dalam SBS Hyena bersama Jung Ji Hoon sehingga tercalon Best Actress di dalam Baeksang Art Awards 2020. Pelakon drama tvN Signal ini juga pernah menerima pencalonan Best Actress di dalam CARI Kdrama Awards sebelum ini.
Sumber: OSEN