Sun Woo Sun & Lee Soo Min di ambang perpisahan? Lee Soo Min padamkan kesemua gambar isterinya

Lee Soo Min dilaporkan telah memadamkan hampir kesemua gambar isterinya di ruangan instagram sehingga mencetuskan spekulasi bahawa mereka di ambang perpisahan.

Lee Soo Min yang dihubungi berkata, “Aku ‘okay’ saja, tiada apa-apa masalah.”

Sun Woo Sun merupakan pelakon drama korea yang agak popular manakala Lee Soo Min pula merupakan pelakon lagak aksi.  Mereka diketemukan buat pertama kali ketika Sun Woo Sun menemui Lee Soo Min ketika bertandang ke sekolah lakonan aksi sebagai persediaan untuk mejalani penggambaran filem. Mereka terus berkahwin selepas setahun menyulam cinta.

Sumber: ytn star

loading...