Gambar ‘badut’ bekas PM Malaysia tersenyum ketika NCT tengah sedap melantak pizza, undang tawa netizen

NCT mengadakan sesi interaksi bersama peminat, ‘Twitter BlueRoom’ menjelang pelancaran album terbaru mereka, “NCT RESONANCE Pt. 2″ tak lama lagi.

Antara yang hadir dalam sesi tersebut ialah Johnny, Ten, Jungwoo, Yuta, Hendery, Sungchan, Jeno, Mark, WinWin, Haechan dan Yangyang. Mereka dihimpunkan sebagai subunit NCT, iaitu NCT U.

Namun, yang mengundangkan tawa netizen apabila gambar satira badut bekas perdana menteri Malaysia, Najib Razak terpampang di belakang mereka ketika mereka sedang seronok menjamah pizza. SM Ent. turut memuatnaik gambar rasmi sesi tersebut di laman twitter SM Town menyusul selepas itu.

Lantaran begitu ramai netizen menyaksikan gambar satira itu, ia kemudiannya mendapat perhatian kartunis asal satira itu iaitu Fahmi Reza dalam satu kenyataan ringkas dibuatnya di laman facebook miliknya. Jawabnya, “#kitasemuapenghasut” sebagai slogan iklan yang membawa maksud rakyat Malaysia dengan mudahnya bersikap lepas tangan terhadap penyalahgunaan rasuah yang berlaku di Malaysia.

Gambar satira itu juga dipercayai berada di dalam lokasi yang sama dengan penggambaran muzik video ‘Falling in Love’ nyanyian Woo Jin Young dan Kim Hyun Soo yang pernah tertular pada tahun 2018. Di manakah agaknya lokasi itu terletak di Seoul? Sudah pasti ia menjadi tanda tanya buat segelintir peminat muzik Kpop yang memasang impian untuk berkunjung ke sana nanti.

NCT kini sudah pun meraih jualan album sedunia melebihi 1.41 juta unit menerusi NCT RESONANCE Pt. 1, memecah rekod persendirian yang dibuat sebelum ini.

Sumber: twitter

loading...