Wo Jin Ah bakal menjadi suri hati buat Mr. Ji Chang Wook di dalam tvN Melt Me ?

Setelah Ji Chang Wook mengesahkan akan membintangi drama tvN Melt Me, kali ini Won Jin Ah juga telah ditawarkan untuk menjadi surihati di samping Ji Chang Wook.

Ji Chang Wook akan memegang watak utama Ma Dong Chang, seorang pengarah agensi bakat lakonan yang menjalani eksperimen sejukbeku anjuran sebuah program realiti tv dalam masa 24 jam. Tapi lain yang terjadi apabila Ma Dong Chan ‘tidur’ lena selama lebih beberapa tahun. Beliau kembali bangkit 20 tahun kemudian dengan fizikal mengagumkan dan kekal awet muda sehingga mengejutkan adik lelakinya yang sudah dimamah usia. Manakala, Won Jin Ah pula dikatakan membawa watak seorang pembantu produser yang memilih untuk menjalani eksperimen sejukbeku berkenaan setelah secara berseloroh berjanji akan memberikan wang sebanyak 5 juta won kepada sesiapa jika mereka dapat mengejutkan dirinya dalam keadaan mabuk dalam masa 24 jam.

tvN ‘Melt Me’ berkisarkan tentang dua orang lelaki dan perempuan terpilih untuk menjalani projek eksperimen sejukbeku hayat manusia sebelum dihidupkan tiba-tiba 20 tahun kemudian kerana konspirasi misteri yang berlaku. Mereka bangkit daripada ‘tidur’ yang lama itu dan saling memcemuh antara satu sama lain kerana gagal mencapai apa yang mesti diikuti oleh eksperimen itu. Akibatnya, mereka terpaksa mengekalkan suhu badan sekitar 27.5 C untuk kekal selamat, jika tidak, mereka akan mati.

Ini merupakan drama pertama Won Jin Ah selepas jtbc Life dan jtbc Just Between The Lovers di mana beliau berjaya memikat hati penonton dengan kemunculan buat pertama kali di dalam drama korea. Populariti lakonannya telah menerima pencalonan Popular Rookie Actress di dalam 7th CARI kdrama Awards yang lalu.

tvN Melt Me bakal diarahkan oleh Shin Woo Chul (“MBC Gu Family Book”,”SBS Secret Garden”,”SBS Lovers in Paris”) dan dinukilkan oleh Baek Mi Kyung (“jtbc Strong Woman Do Bong Soon”, “jtbc Woman of Dignity”, “KBS Miracle That We Met”) yang dirancangkan tayangannya selepas tvN Hotel del Luna berakhir pada September nanti.

Sumber: IS Plus

loading...