Lee Seung Gi umum kembali menyanyi semula selepas 5 tahun

 

Lee Seung Gi akan menyiapkan album ketujuhnya dan mengeluarkan single terbaru berjudul ‘Generic Man’ menjelang 15 November 2020 ini.

Album ketujuhnya itu yang belum diberikan nama judulnya lagi, bakal menampilkan Yoon Joong Shin sebagai produser bersama, menandakan kemunculan Lee Seung Gi semula sebagai penyanyi solo sejak lima tahun menyibukkan diri dengan beberapa program realiti tv termasuklah SBS All My Butlers, tvN Friday Joy Package serta Netflix Twogether selain menjadi hos rancangan muzik tertentu dan membintangi beberapa buah drama seperti SBS Vagabond. Kali terakhir beliau mengeluarkan album adalah pada tahun 2016, menerusi album studio penuh, And… .

Kemunculan Lee Seung Gi sebagai penyanyi sangat ditunggu-tunggu oleh peminatnya. Buktinya, video klip persembahan ‘cover’ nyanyiannya, ‘Forbidden Love’ yang dipaparkan sejak Julai 2020 lalu telah meraih tontonan melebihi 7 juta orang. Beliau telah memulakan kerjaya nyanyian solonya sejak tahun 2004 lagi yang ketika itu beliau berusia 17 tahun. Antara lagu balad nyanyian beliau yang menjadi siulan di Korea ialah “Because You’re My Girl”, “Return”, dan “Words That Are Hard To Say”.

Sumber: tf co