“Saya tak ubah dijadikan seperti kambing hitam,”-Jo Kwon

Semalam, kebanyakkan media mendedahkan bahawa Jo Kwon adalah orang yang disyaki sebagai B yang telah mendapat layanan istimewa daripada Universiti Kyung Hee.

Penyanyi itu bagaimanapun telah berkongsi kisahnya yang panjang di Instagram. Jo Kwon menyatakan, “Saya tamat pengajian dan ijazah sarjana yang saya perolehi dari Kyung Hee University bukanlah daripada hasil layanan istimewa atas kapasiti  seorang selebriti tetapi usaha keras saya menyelesaikan tugas-tugas yang diberikan oleh pihak universiti.” Beliau menambah, “Fikiran saya sangat bercelaru ketika ini dan saya terfikir di mana saya perlu jelaskan perkara ini.”

Beliau berkata, “Berkenaan dengan program graduasi  yang kini menjadi kontroversi, anda boleh memilih dua cara untuk menamatkan pengajian samada melalui penyediaan  atau bukan tesis (persembahan pelajar). Saya memohon kaedah bukan tesis iaitu melakukan persembahan dan lulus. Saya juga telah menghadiri sesi penilaian pada hari ianya dijalankan. “

Jo Kwon menekankan, “Saya telah memberikan yang terbaik untuk sepanjang bergelar pelajar di universiti. Pada semester akhir, saya dimaklumkan bahawa saya boleh memilih antara kaedah penyediaan tesis dan kaedah bukan tesis. Jadi,  saya memilih kaedah bukan tesis kerana saya telah memenuhi syarat-syarat yang diperlukan. “

Beliau menambah, “Dalam waktu ini, para wartawan dan profesor perlu memberi tumpuan yang lebih kepada isu ini, tetapi setelah melihat berita yang dikeluarkan hari ini, mengapa saya  perlu dijadikan kambing hitam?  Wartawan yang menulis berita ini pula mengambil kesempatan untuk menokok tambah agar artikel mereka mendapat respon yang meluas dari pembaca. Tapi saya percaya rakan-rakan dan profesor yang menghabiskan masa bersama saya sepanjang bergelar pelajar pasti tahu keadaan sebenar dan percaya bahawa saya telah memberikan yang terbaik sebagai pelajar universiti yang biasa bukan atas kapasiti seorang selebriti yang perlu diberikan layanan istimewa. “

Diakhir luahan kata Jo Kwon, beliau mengakui perkara yang terjadi ke atasnya sangat menyakitkan. Tambahan semuanya seperti sia-sia apabila masa saya habiskan sepanjang di universiti dan ijazah sarjana yang saya terima dikatakan sampah dan palsu  dalam sekelip mata.”

https://www.instagram.com/p/Be5ZyL0HZWD/?taken-by=kwon_jo

https://www.instagram.com/p/Be5aCImHpEm/?taken-by=kwon_jo

https://www.instagram.com/p/Be5l5LRnY_K/?taken-by=kwon_jo

sumber : naver

 

loading...