Jisung NCT direhatkan daripada sebarang aktiviti serta-merta selepas lututnya tercedera

Jisung NCT direhatkan daripada beraksi di atas pentas berikutan kecederaan pada lututnya yang memakan masa untuk proses pemulihan.

Jurucakap agensinya, SM Entertainment, dilaporkan berkata, “Jisung sedang menderita akibat kecederaan pada lututnya yang berlaku ketika latihan dan sedang menjalani rawatan. Oleh sebab itu, agak sukar untuk membolehkannya bergerak secara berlebihan dan dikecualikan daripada sebarang aktiviti di masa akan datang.”

“Harap kalian memahaminya kerana proses pemulihan Jisung sepenuhnya adalah di bawah tanggungjawab kami,” ujar jurucakap itu lagi.

NCT kini sedang mempromosikan album NCT 2020 Resonance Pt. 1 bersama dengan lebih 23 ahli lain. Kejayaan album tersebut telah meletakkan NCT sebaris dengan Seventeen & BTS, meraih jualan album sedunia melebihi 1.12 juta unit di dalam seminggu selain menduduki no.6 di dalam carta Billboard 200 Amerika Syarikat dan no.1 di dalam carta QQ Music China.

Sumber: newsen

loading...