Mungkinkah Wanna One akan beraksi di atas pentas MAMA 2020 nanti?

Satu usahasama sedang giat dilakukan oleh CJE&M untuk menghimpunkan kesemua ahli Wanna One beraksi di atas pentas MAMA 2020 nanti.

Pada 5 November 2020, CJE&M mengesahkan ianya masih di dalam perbincangan dan belum diputuskan lagi. Tindakan itu diambil berdasarkan kejayaan lima bekas ahli Wanna One iaitu Kim Jae-hwan, Ha Sung-woon, Park Ji-hoon, Lee Dae-hwi, dan Park Woo-jin membuat persembahan di  KCON: TACT musim kedua baru-baru ini sehingga menyebabkan pertambahan unjuran sebanyak 20.24% mengenainya menurut enjin carian yang didedahkan.

Kim Jae Wan, Park Ji Hoon dan Ha Sung Woon lebih selesa bergerak secara solo walaupun Ha Sung Woon masih aktif sebagai ahli HOTSHOT manakala Lee Dae-hwi dan Park Woo-jin pula merupakan ahli kumpulan popular, AB6IX yang baru menongkah populariti. Enam lagi ahli Wanna One termasuklah Kang Daniel, Lai Kuan Lin dan Ong Seung Wu yang lebih selesa bergerak secara solo manakala Hwang Minhyun dan Bae Jin Young pula masing-masing bersama NUEST dan CIX. Ahli yang terakhir, Yoon Ji Sung pula sedang menunaikan kewajipan menjalani latihan ketenteraan sejak tahun 2019 lagi.

Usaha untuk menghimpunkan kesemua ahli mungkin tidak tercapai tetapi sudah pasti menyaksikan penampilan sekurang-kurangnya lima orang ahli Wanna One beraksi di atas pentas MAMA 2020 sudah cukup memadai.

Sumber: newsen

loading...