Minyuk (atau nama sebenarnya Lee Min Hyuk) sebenarnya menyambut hari jadi nya pada 3 November 2020, sehari selepas pelancaran album terbaru Monsta X, ‘Fatal Love’ semalam.
Berikutan persembahan “comeback” daripada Monsta X semalam sempena mempromosikan album ‘Fatal Love’ yang telah pun menjana bilangan tontonan melebihi 770,000 orang dalam satu masa menerusi Naver VLive, peminat kembali mengingatkan netizen bahawa pada hari esok, Minhyuk pula akan menyambut harijadinya. Susulan dengan itu, tanda pagar #HBDMinhyuk #HappyMinyukDay #Monsta_X #LoveKilla telah dinaikkan sehingga menyebabkan nama Minyuk berada di tangga teratas sohor kini di laman twitter. Minhyuk dikenali di atas versalitinya serta kemahirannya melontarkan vokal dengan baik sepanjang aktif bersama Monsta X.
#MINHYUK: when you guys call my name, I feel special#HBDtoMINHYUK #몬배배_짱친_밍혁이생일@OfficialMonstaX pic.twitter.com/SmB3As4627
— MINHYUK DAY (@minvism) November 2, 2020
Setelah mengambil risiko mengeluarkan album English ‘ALL ABOUT LUV’ pada Feb 2020 lalu, kini MONSTA X kembali dengan album penuh ke-3 mereka, ‘Fatal Love’ untuk menambat peminat di Korea dan serata Asia pula. Album yang mengandungi 10 buah lagu ini hampir kesemua adalah dicipta, digubah dan dikendalikan oleh Jooheon dibantu oleh I.M dan Hyungwon. Sementara antara artis lain yang terlibat di dalam album ini adalah Jooyoung dalam lagu rentak balada ‘I’m Not Sorry’ manakala Eric Nam pula untuk lagu ‘Beastmode’.
Sumber: tv report