Lagenda filem tersohor, Choi Min Sik kembali berlakon drama buat pertama kali selepas 24 tahun

Choi Min Sik, lagenda filem tersohor Korea, sedang meneliti tawaran membintangi drama ‘Casino’, sekaligus menyaksikan dirinya berlakon drama buat pertama kali sejak 24 tahun yang lalu.

‘Casino’ berkisarkan tentang seorang lelaki dengan terumbang-ambing kerana suka berjudi. Ia bakal diarahkan oleh pengarah filem Kang Yoon Sung (“The Outlaw”) yang memilih untuk berkecimpung di dalam kdrama. Tiada maklumat tentang cenel tayangannya lagi, namun drama ini dijangka akan memulakan penggambaran menjelang awal tahun hadapan.

“‘Casino’ mempunyai jalan cerita yang panjang dan memaparkan naratif yang dikehendaki menyebabkan Choi Min Sik berkenan untuk menyertainya,” ujar sumber yang dikaitkan dengan Choi Min Sik.

Choi Min Sik dikenali sebagai bintang filem terhebat di Korea menerusi Shiri, Oldboys, I Saw The Devil, The Nameless Gangsters dan The Admiral Roaring Currents. Kali terakhir beliau berlakon drama adalah menerusi MBC Their Embrace pada tahun 1996.

Sumber: munhwa

loading...