Hatinya sakit kerana terseliuh, Bae Jin Young tetap berjuang berada bersama CIX untuk promosi album terbaru

Image may contain: 6 people

CIX mengadakan persembahan ‘showcase’ bagi mempromosikan album EP ke-3, ‘Hello, Strange Time’ (‘HELLO’ Chapter 3. Hello, Strange Time).

Perancangan untuk membuat ‘comeback’ pada bulan Jun terpaksa dibatalkan sebaik saja Bae Jin Young didapati terseliuh di bahagian buku lalinya. Walaupun mungkin belum pulih sepenuhnya, Bae Jin Young tetap bersama dengan CIX untuk promosi album terbaru ini.

“Saya telah dikesan dengan pemulihan. Hati saya berat, risau sangat kerana ‘desperate’ nak beraksi di atas pentas sekarang,” kata Bae Jin Young yang berazam akan menghiburkan FIX, peminat CIX yang menunggu sejak sekian lama.

“Ini kali pertama kami bersemuka bersama peminat di atas talian. Betul-betul teruja kerana saya cepat-cepat dapat reaksi daripada peminat. Saya memang rancang untuk berinteraksi dengan mereka sekarang dan mahu tunjuk apa lagi kami ada,” tambah Hyunseok pula.

CIX dalam sidang media bersama peminat hari ini.

Bagi mempromosikan album ‘Hello, Strange Time’ (‘HELLO’ Chapter 3. Hello, Strange Time), ‘Jungle’ dijadikan sebagai single utama. ‘Jungle’, sebuah lagu berentakkan pop, adalah berkisarkan tentang perasaan apabila tidak dapat melepaskan diri daripada genggaman dan mahu untuk mendominasi. Selain ‘Jungle’, album ini turut memuatkan beberapa buah lagu mempamerkan keunikan warna muzik CIX iaitu ‘Move My Body’,’Change Me’,’Switch It Up’, dan ‘Rebel’.

CIX turut menjanjikan sebaik saja aktiviti ini berakhir, mereka akan merakamkan lagu baru. “Kami mahu tunjuk pada kalian selalu, jadi jangan lupa perhatikan gerak langkah kami di masa hadapan,” sambung Byunggon (BX) pula.

Sumber: IS Plus, edaily