SEVENTEEN mendahului jualan album terlaris untuk minggu ini dengan perolehan kira-kira 930,000 unit menurut Hanteo.
SEVENTEEN mencapaikannya dengan 932,054 unit menerusi album ‘Semicolon’ sekaligus meletakkan ‘Semicolon’, album ketiga terlaris di dalam seminggu untuk tahun 2020 selepas ‘Map of The Soul 7’ oleh BTS dan ‘Henggerae’ oleh SEVENTEEN juga, serta album kelima terlaris di dalam seminggu untuk sepanjang zaman selepas ‘Love Yourself: Tear’ oleh BTS. Bagaimanapun, ‘Semicolon’ gagal meleburkan rekod pensendirian mereka menerusi album Henggerae sebelum ini.dengan perolehan melebihi 1 juta unit yang mampu dicapai oleh mereka di dalam seminggu saja.
Baca lagi: Search Bukan sekadar ‘semicolon’, tetapi ‘home-run’ terus – SEVENTEEN
Terdahulu, Seventeen diiktiraf sebagai antara kumpulan kpop ketiga paling cepat meraih jualan satu album terbanyak melebih 1 juta unit selain BTS dan EXO. Album Semicolon’ merupakan album istimewa dikeluarkan menyusul album EP sebelumnya, ‘Henggarae’.
Sumber: edaily