OCN Voice bakal kembali untuk musim keempat!

Image may contain: 2 people

Drama bersiri popular terbitan OCN, “Voice” bakal kembali untuk musim keempat tak lama lagi.

Menurut laporan mk news, pihak produksi OCN sudah mengesahkan jadual tayangan drama untuk tahun hadapan dengan OCN Voice diletakkan salah satu daripadanya. Bagaimanapun, perincian mengenai drama tersebut belum diketahui setakat ini dengan senarai pelakon belum diumumkan.

Lee Hana muncul di dalam kesemua siri manakala Jang Hyuk dan Lee Jin Wook pula masing-masing membuat penampilan di dalam musim pertama dan musim kedua seterusnya. ‘Voice’ dijangka akan menggunakan konsep yang sama dengan siri-siri sebelumnya yakni sekumpulan ‘Golden Time’ ini cuba sedaya upaya bertindakbalas terhadap panggilan kecemasan dibuat terhadap mereka.

Voice musim keempat ini bakal diarahkan oleh PD Shin Yong Wee ( tvN Cross, MBC Hide and Seek, OCN Tunnel) untuk tayangan musim panas tahun 2021.

Sumber: mk news

loading...